Pages

Monday, December 3, 2007

War of the west

Perkataan perang mempunyai banyak maksud. Ianya semakin bermakna jika dibincangkan pada milinium ini. Keadaan perang yang tidak terkawal, keguguran dan kekusutan menjadi hasil percaturan perang ini. Namun begitu tidak semuanya diakibatkan oleh perang..ada juga disebabkan oleh pemakaian shampu dan perapi yang tidak dibenarkan. Selain perang, terdapat juga pewarna rambut kuning..karat..hijau..merah dan biru air laut.
Selain pewarna rambut, perang juga dikaitkan dengan pergaduhan. Dalam merebut sesuatu jajahan ataupun menyampaikan maksud secara tersirat, perang atau bergaduh tidak semuanya membawa maksud negatif. Jika diteliti lapuran oleh Kementerian Kajiselidik Perumahan, perang yang berlaku antara suami isteri dikatakan telah mengakibatkan kerosakan harta benda dalam jangka masa panjang. Antara kerosakan yang berlaku termasuklah retak-retak di syiling jiran bagi yang duduk di apartmen atau kondo, dan juga kerosakan katil serta cat dinding akibat penggunaan pita perekat. Pencemaran juga dilaporkan berlaku kerana penggunaan getah2 silika yang tidak boleh di kitar semula. Namun di sebalik semua ini, masih ada pihak yang mendapat laba disebabkan oleh perang ini. Contohnya, pengusaha kedai dobi, penjual air tongkat ali dan juga tisu tandas.

No comments: