Pages

Sunday, December 9, 2007

War of The East

Dalam post yang sebelum ini telah dikisahkan tentang peperangan yang membawa kepada kemusnahan harta benda dan tulang belakang. Jika diteliti dan diselidik, terdapat perbezaan antara perang dunia barat dan timur. Umum telah mengetahui bahawa Perang Dunia Pertama dicetuskan oleh kuasa-kuasa barat dan seterusnya disertai oleh negara timur dalam rentetan Perang Dunia ke-2. Apa yang masih menjadi rahsia pihak timur ialah, peperangan telahpun wujud sejak beratus-ratus juta tahun lampau, dan masih berlarutan pada waktu-waktu tertentu di zaman ini.
Kepupusan pihak dinosaur sebenarnya adalah akibat perang antara Ultraman dan dinosaour. Ini lah perang yang paling awal direkodkan oleh pihak TV Jepun yang selama ini dijadikan bahan lelucon untuk tatapan umum. Pada ketika peperangan Ultraman dan dinosaur ini, telah diriwayatkan pihak-pihak dinosaur seluruh bumi bersatu padu membentuk angkatan perang untuk menghalang Ultraman yang juga berasal dari planet lain untuk menakluk bumi. Namun akibat kurang daya saing, pecah belah antara kaum, waktu siaran yang tidak konsisten dan psikologi perang yang digunakan ke atas pihak dinosaur, hingga kini perang tersebut hanya berlaku di hari-hari tertentu sahaja. Dan Ultraman juga telah berjaya menggambarkan dinosaur sebagai pihak yang mempunyai niat jahat dan serong kepada bumi. Dan di kala Ultraman disanjung oleh kanak-kanak pada hari ini, adalah tidak wajar kita melupakan pengorbanan pihak dinosaur yang telah diputarbelitkan faktanya oleh Ultraman. Semoga kekalahan dinosaur yang lalu menjadi pengajaran kepada kita agar berhati-hati ketika memandu pulang kereta MyVi ataupun kereta-kereta yang lain, kerana bak kata pepatah, yang kurik itu kendi yang merah itu saga, majulah Dinosaur untuk negara.

p/s: Sumber rujukan artikel diatas boleh didapati di www.WakLu.com

No comments: