Pages

Saturday, January 26, 2008

Dunia dan Anda

Lanjutan kisah pemanasan global yang semakin dirasai serta bahang pilihanraya yang entah bila. Jika dilihat persamaan antara keduanya, punca sebenarnya adalah sesuatu yang panas. Umpama melihat gadis berbikini sambil memesan kelapa parut di pasaraya. Sudah tentunya akibat kepanasan jugalah maka gadis tersebut terpaksa memakai bikini walaupun diketahui olehnya panas api neraka memungkinkan dia tidak langsung berbaju. Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dan kemajuan yang pesat, maka lapisan ozon juga tidak kurang mengikuti perkembangan semasa. Semakin maju manusia di bumi, maka semakin nipis pemakaian baju dan kainnya. Kemungkinan kapas-kapas yang hendak dijadikan kain dan kemudiannya di potong untuk dibuat baju juga terkena tempias kemajuan manusia ini.
Tidaklah dapat kita mengelak dari memajukan diri dan keluarga walaupun Kementerian Asas Tani telah bersetuju menaikkan harga tongkat ali dan kacip fatimah agar pengusaha-pengusaha getah dapat lebih pendapatan hasil kenaikan harga kondom sedunia. Diberitakan juga kenaikan harga minyak dan makanan ayam di kala musim menuai padi menambahkan lagi keperitan hidup di zaman yang serba moden ini.
Penulis telah mendapat maklumbalas dari sebuah kajiselidik yang dilakukan baru-baru ini untuk mengesan hidupan-hidupan dan ternakan yang menjadi mangsa secara langsung akibat pemanasan global dan kenaikan harga timah mendadak. Terbahagi kepada 2 jenis mangsa iaitu mangsa keadaan dan juga mangsa buli.
Melihat kepada situasi yang dialami oleh mangsa keadaan, cuaca yang panas dan membahang memaksa mereka hidup di dalam keadaan yang amat tidak selesa apatah lagi untuk menikmati goreng pisang panas boleh menyebabkan hypertermia yang serius. Gangguan rangkaian internet dan telefon juga menyebabkan mangsa mendapat sindrom hati panas dan panas telinga. Sindrom panas punggung juga dikesan di beberapa kawasan kediaman akibat serbuan mendadak pihak berkuasa Taman Mawar untuk mengesan perompak DVD haram.

p/s: penulis tidak dapat menghabiskan posting kali ini bagi memberi peluang kepada Punch Gunalan untuk menyempuranakan sepakan penalti bagi perlawanan antara 2 buah pasukan hoki yang dirahsiakan namanya atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri .

Monday, January 21, 2008

Jack Denial, Union Jack dan Michael Jackson

Sambutan perayaan di negara ini boleh dikatakan agak banyak sekiranya dikira dengan hanya menggunakan sempoa yang diimport dari negara China. Kemeriahan perayaan sepanjang tahun sebenarnya membawa pelbagai cerita dan berita selain dari menonton saluran tv berbayar. Namun tidak digambarkan sekiranya sambutan perayaan di Malaysia ini dibuat di tempat seperti Kutub Selatan. Semestinya pembakaran bunga api dan meriam buluh buleh mengakibatkan pemanasan global yang lebih cepat. Manakala pembakaran pelita dan pesta pecah kelapa mencairkan ais-ais dengan lebih pantas.
Penyediaan kuih-kuih tradisional juga tebantut pembuatannnya apabila penggunaan api secara berleluasa boleh mengakibatkan retak di sekitar tebing ais dan seterusnya berlakulah penyusunan semula zarah-zarah cecair dari beku menjadi cecair. Pembakaran tanglung dan mercun pula boleh membawa kepada kemalangan maut sekiranya tidak dipantau secara serius oleh pihak berkuasa tempatan Kutub Selatan. Secara logiknya, sebarang perayaan yang hendak diadakan di Kutub Selatan ini haruslah mendapat persetujuan PBB dan badan-badan berkanun negeri Selat. Sebarang cubaan melanggar perturan ini memungkinkan terjadinya bencana alam yang amat dasyat sehingga pihak Ultraman terpaksa mengalah dan membiarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Walaupun terlihat akan wajah kengganan si Luncai untuk terjun, namun demi janjinya kepada Ultraman tidak dapat tidak, terjun jualah dirinya. Bak kata Francesca Peters, bagaikan aur dengan tebing, bulu ayam tak mungkin dapat dipisahkan.
Sempena perayaan Thaipusam dan diikuti pula sambutan Tahun Baru Cina, inginlah Team Blogkarut mengucapkan ribuan kemaafan dan berharap agar tahun-tahun yang mendatang ini membawa sinar kebahagiaan dan pedoman. Tak juga dilupa penduduk-penduduk Taman Mawar yang bertungkus lumus menyiapkan juadah berbuka puasa ganti bagi mereka-mereka yang berkenaan. Akhirkata, semoga cuti yang dihadiahkan sempena Thaipusam ini, dapatlah kita bersenang lenang bersama isteri baru dan anak menantu serta cucu. Tujuan cuti ini juga adalah sangat bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-50. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

*Untuk posting kali ini info pertanian tidak dapat disiarkan atas sebab-sebab uzur. Harap Maklum

Friday, January 18, 2008

Shine On You Crazy Diamond

Berikutan situasi negara sekarang berada dalam keadaan yang agak kucar-kacir, kelam-kabut, riuh-rendah, hingar bingar dek kerana susu yang dituang menjadi kesalahan kepada peminum susu kerana nila yang hendak dititikkan mengenai dasar belanga, namun tidak kepada susu tersebut.
Begitulah kesimpulan yang dapat dibuat melalui pemerhatian ataupun 'observation' dari kacamata seorang rakyat marhain yang hampir buta akibat bermain meriam buluh pada perayaan Deepavali yang lalu. Namun keadaan ini juga memberi manfaat kepada peminum-peminum minuman yang bukan berasaskan susu kerana mereka ini golongan yang terhindraf dari keracunan nila. Sebagai contoh, minuman milo dikatakan bau yang menyerupai bau sang memerang sedang berjemur di Pantai Maui, Hawaii.
Sedikit ingin diingatkan kepada pemakan-pemakan cili di seluruh dunia bahawa kemungkinan cili yang dimakan sama ada secara mentah maupun dimasak adalah mengandungi tahap pedas yang berbeza namun ianya akan hilang setelah beberapa ketika. Namun bagi mereka yang memberi cili ini untuk dimakan oleh pemakan cili ini, manakah mungkin dapat diukur akan tahap 'stress' mahupun kepuasan hati sama ada tinggi atau rendah untuk melihat pemakan cili tersebut terguling-guling menahan pedas. Adakah ianya bermotifkan dendam, cemburu, politik, gangguan mental, sakit ulu hati, batuk berdarah, jangkitan malaria ataupun semata-mata hiburan di kala senja melabuhkan tirainya lalu menjelmalah malam?
Pernah juga diceritakan bahawa seorang pengemis sedang berjalan-jalan di sebuah kawasan gelanggang makanan yang mewah dan dia berhenti seketika untuk melihat santapan lazat yang dijual di situ. Sedang ketika kakinya melangkah untuk beredar dari tempat kejadian, terdengar suara sumbang dari salah seorang penjamu selera di situ " Goreng pun sodap..".
Pengajaran dari kisah tersebut haruslah kita memastikan cili yang hendak dibuat santapan agar tidak terlalu pedas supaya pengajaran dari cili ini dapat pula disampaikan kepada pengemis tadi. Dan pengemis tadi hendaklah sedar akan kekurangan diri dan ketiadaan kelebihan yang hendak ditandingi dengan penjamu selera tadi.

* Cili merupakan tanaman renek yang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk serta warna. Tanaman ini telah bertebaran dari Amerika tengah hingga India barat beribu tahun yang lalu sehingga pihak Sepanyol memperkenalkannya di seluruh dunia. Untuk keterangan lanjut mengenai cili ini, boleh lah layri laman web www.KucIlImuluTmu.com

Thursday, January 17, 2008

Peluru bersayap rama-rama

Sebagai memenuhi permintaan penduduk-penduduk Taman Mawar di sebuah daerah di negeri yang dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri, maka 'posting' untuk kali ini akan difokuskan kepada pengucapan ataupun tuturkata yang boleh diklasifikasikan sebagai perbualan mengayat. Mengorat dan menuturkan ayat-ayat- 'power' sebenarnya memerlukan daya saing yang tinggi dan pemikiran yang sihat bagi mencapai tujuan yang dikehendaki. Bagi mereka yang mempunyai IQ kurang dari 50 misalnya,(sebagai contoh, seorang rakan penulis berasal dari negeri yang juga dirahsiakan lokasinya dan memiliki motorsikal Yamaha Nouvo) haruslah mendapatkan lebihkalsium dan lemak dari susu untuk melakukan aksi yang akan dibincangkan pada kali ini. Sebarang persamaan ayat atau tuturkata yang dinyatakan di sini adalah tidak mempunyai walau sekecil zarah persamaan sama ada dengan yang masih hidup ataupun telah putus nafasnya. Untuk contoh yang pertama kita hayati terlebih dahulu lagu dendangan Endang Estaurina yang juga dirahsiakan judulnya. Lagu ini khas ditujukan kepada penduduk-penduduk Taman Mawar dan penghuni rumah kongsi sungai Muar dan parit-parit disekitarnya.


Di sebuah lokasi berhampiran sebuah taman di sebuah negara yang dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. AMARAN:Keadaan cuaca yang tidak menentu juga menjadi faktor penyumbang kepada pebualan ini.

Boy: "So how are you today?"
Girl: "Just fine..having my lunch now. Wanna join me?"
Boy: (Smile) "Nope..kinda full right now. Plus it will only disturbing my great time now."
Girl: "What do you mean your great time? Its raining now.."
Boy: "To be with you here..nothing can beat this moment. Unless I'm driving an M6 now..(laughing)"
Girl: (Smile) "Gilerr..."

p/s: Dialog ini tidak dapat dihabiskan oleh pasangan ini kerana kehadiran pihak berkuasa tempatan di kala senja memukau pandangan ribuan penonton yang hadir untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang berlangsung tidak jauh dari tempat kejadian. Semoga kita sama-sama mendapat pengajaran dari situasi di atas.

Tidak dilupakan para penaja yang sudi menaja rancangan serta penanam-penanam tebu (Tebu atau nama saintifiknya, Saccharum, merupakan tanaman berumpun yang hidup di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Merupakan ramuan utama nagi menghaslkan gula dan juga peribahasa yang berbunyi 'Mati semut kerana gula' dan Dimana ada gula, di situ ada semut') di mulut dan para-para sakura termasuk sekali warga tentera yang berkhidmat di sempadan tanah air.

Saturday, January 12, 2008

Jauh mata memandang

Pengalaman menaiki keretapi ataupun 'roller coster' adalah sesuatu yang mungkin sukar digambarkan oleh kebanyakan penduduk di kawasan pedalaman Kenya. Kesempitan ruang antara tandas-tandas awam dan bersesak-sesak di waktu pulang menaiki bas adalah faktor utama penyumbang kepada keadaan ini. Tidak pula diketahui mengapa masih ramai yang sanggup mengharungi pahit maung biji manggis walaupun telah pelbagai cara alternatif diwujudkan di sektor swasta dan awam. Teguran dan nasihat telah banyak diucapkan malah poster-poster telahpun ditampal di sekeliling bandar bagi menyedarkan penduduk akan peri pentingnya bersenam di waktu puncak. Keadaan ini memaksa pihak berkuasa mengambil langkah yang lebih tegas termasuk menguatkuasakan larangan makan tanpa mengunyah dan digantung lesen menjual minuman air berkarbonat.



Keadaan muka bumi yang kering dan tandus memaksa warga Kenya menerima seadanya situasi yang mereka hadapi sekarang. Sebarang pembinaan jambatan maupun pulau buatan di tengah padang pasir gurun Gobi adalah diharamkan sama sekali. Namun begitu kebersihan tandas awam dan kawasan sekitar ini adalah amat dibanggakan jika dibandingkan tahapnya beberapa tahun dahulu. Hasil usaha yang berterusan tanpa mengenal penat asma dan batuk berdarah berjaya membendung kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti perlumbaan yang tidak mendapat kelulusan Jakim, menghidu gam sambil menampal karpet dan pengedaran daun ketum yang mendapat sambutan hangat di beberapa tempat seperti Kuala Langat dan kedai menjual pengat.


* untuk posting kali ini, penulis telah menjelajah beberapa tempat di Artik dan Alaska bagi mendapatkan gambaran jelas tentang masyarakat Kenya amnya. Pemerhatian juga dilakukan bagi mengelakkan wabak selsema burung dari berjangkit. Penulis juga dinasihatkan supaya menjauhi tempat yang bernama Sesame Street memandangkan Big Bird juga didapati positif dalam ujian air kencing mengesan penagih ganja dan wabak H5N1. Juga tidak dilupakan terima kasih diucapkan kepada pengomen dalam posting yang lalu, Sdr Safri agar lebih berhati-hati dalam menyatakan perasaannya terhadap kutukan dan cacian dan makian agar pisang tidak berbuah berkali-kali (Pisang atau nama saintifiknya Musa X paradisiaca L boleh didapati di kawasan tropika dan Siberia. Merupakan tanaman herbaceous terbesar didunia. Enak dimakan secara mentah ataupun digoreng bersama tepung serta dicicah sambal. Namun jika mengikut adat masyarakat Johor, kicap merupakan pencicah yang paling glamer di seantero benua archipelago) dan lebih berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat termiskin negara Kenya. Sekian.

Tuesday, January 8, 2008

Kisah Dan Teladan

Agak teruja apabila membaca tentang kisah bagaimana sang kancil dan buaya cuba menggunakan helah masing-masing demi untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan nenek moyang mereka suatu ketika dahulu. Bila mana sang monyet dan ketuhar gelombang mikro mengadu domba akan perilaku makhluk di hutan, yang tidak menyenangi perangai mereka berdua, lain pula akan ceritanya dengan sang belut. Arakian disebutkan bahawa, asal usul belut adalah berpunca dari sebatang sungai adanya. Kehadiran naga tasik Chini dan rakan sekutu rapatnya di sungai ini menjadi topik hangat dan langsung gosip liar tersebar seantero dunia persilatan Melayu dengan pantasnya. Di samping kemajuan telekomunikasi dan perhubungan internet, perkhidmatan penghantaran sang geruda juga tidak diabaikan.
Demikianlah peri pentingnya tentang kitaran makanan di hutan dan di alam ini, umumnya. Ketika manusia masih tercari-cari rentak hidup, dan masih bersembunyi di bawah redup, terungkailah kata-kata sang pujanggga, alah bisa tegal biasa.