Pages

Saturday, December 22, 2007

Aidiladha

Seperti biasa, apabila tiba 12 Zulhijjah setiap tahun, akan kedengaran dan kita akan terbaca tentang peri pentingnya berkorban, binatang korban dan juga mereka yang terkorban untuk balik merayakannya. Seperti yang kita sedia maklum, pada hari raya ini jugalah kita akan melihat pertumpahan darah yang berlaku di kawasan-kawasan masjid, pinggir kampung dan padang bola di sekolah berhampiran. Namun sekiranya didapati darah di atas katil, maka kompemlah sang dara sudah bertukar status menjadi non-dara.
Korban yang sering dikatakan tidak hanya dengan harta benda, tetapi berkorban dari segi masa, tenaga dan pemikiran. Ingin ditekankan di sini, pengorbanan yang dilakukan dari segi pemikiran adalah sesuatu yang paling susah dilakukan oleh umat di zaman ini. Ini dapat dilihat melalui keputusan meluruskan sungai baru-baru ini. Sekiranya dikorbankan sedikit kebodohan atau 'kesengalan' kepala otak pemikir idea tersebut, maka tidaklah terkorban sungai-sungai yang semulajadi di jadikan bengkang- bengkok. Tahap pemikiran yang sedemikian bolehlah kita andaikan seperti perumpamaan ini, ubat mujarab mengubat mati pucuk adalah sodium bikarbonat(serbuk penaik) adanya. Singkat akal.

Maka, sekiranya terdapat idea-idea atau pemikiran yang dirasakan bernas ataupun gemilang, maka haruslah dikorbankan sedikit masa untuk melihatnya dari pelbagai segi dan sudut serta 'bearing', kemudian ditanya pula pendapat terlebih dahulu sebelum ianya dituturkan kepada orang ramai. Bagaimanapun ianya tidaklah diperlukan sekiranya pemikir tersebut semujadi seorang pelawak.
Kesimpulannya, daging korban enak sekiranya dipanggang atau dibuat gulai lemak untuk santapan keluarga dan sahabat handai di waktu malam. Tidak dilupa sup tulang dan ekor yang semakin dilupakan oleh masyarakat antarabangsa.
Salam Aidiladha untuk muslimin dan muslimat sekelian.

No comments: