Pages

Tuesday, June 3, 2008

Ilmu kira-kira dan anda

Bulan baru, tahun sama, perangai yang sama dan juga keadaan sekeliling yang kadangkala berubah mengikut kuat ombak dan laju angin. Kekurangan bekalan makanan juga menjadikan kita semakin mencari-cari al-Ghazalie jika tidak sebelum ini Shafie Apdal menjadi mangsa caci.
Keterlaluan melihat 'the big picture', kita selalu melupakan keadaan diri sendiri yang mana tahap pengurusan kendiri adalah di bawah paras beku. Amat selalu kita melihat gajah di seberang walaupun Zoo Negara berjaya membawa gajah tersebut di depan mata, namun melihatnya dari kejauhan menjaadikan pemandangan seperti berada di Taman Negara Afrika. Sedangkan kuman yang menjangkiti diri telah pun mencapai tahap membanggakan sehingga sel-sel sereberum hampir lagi tidak berfungsi. Keghairahan inilah terkadangkala membawa kita kepada keadaan yang digelar terduduk ataupun secara sasteranya terkesima, kelu yang semestinya tidak membolehkan kita berkata-kata lantang apabila malapetaka dan bala menimpa diri.
Bagi sesetengah manusia, rakan adalah mereka yang kita tafsirkan mengikut kelas-kelas dan keperluan diri. Kepentingan rakan ataupun kawan adalah tertakluk kepada keadaan ataupun keperluan semasa yang berubah-ubah. Jika boleh dibuat persamaan arithmetik bagi perkara ini, sudah tentu penyelesaiannya akan memakan masa yang tidak daapat dijangka serta kos penyelenggaraan yang tinggi diperlukan unduk memastikan setiap 'software' diperbaharui setiap abad. Antara faktor yang perlu diambil kira ialah masa (adakah dia memakai jam yang mahal), geografi mukabumi (kalau boleh dia bawak aku pergi oversea), kos perjalanan pergibalik (naik flight musti business class), kesesuaian pemakanan (paling cikai restoran mamak, NZ, pelita, dsb), rupabentuk fizikal (aku cantik/ensem musti carik yang ensem, gelap lagi best), kaya (sendiri mau ingat), miskin (camana nak belikan keter untuk aku) dan juga pembolehubah seperti perasaan (boring giler), perasan (ramai gak orang minat aku eh), dayafikir yang tinggi (apa nih??), menstrual pain (untuk wanita sahaja) dan sebagainya.
Tetapi sejarah telah membuktikan, Tembok Berlin yang memisahkan Jerman kepada dua bahagian berjaya juga diruntuhkan. Dan kini kita boleh melihat kemajuan yang dicapai oleh negara Jerman seperti kereta BMW dan ladang ternakan babi moden.
Bagi memastikan kelansungan idea dan tatacara hidup kemewahan yang tinggi, keperluan gadjet-gadjet terkini adalah perlu dan kita semestinya mahukan diri terikut-ikut dengan 'trend' ini. Dan setiap subsidi yang diberikan adalah kebaikan yang tak terhingga sehingga hilang kejam sang pemberi subsidi tersebut. Si pemberi mungkin pernah memotong tangan, kaki dan mengganggu periuk nasi mereka yang pernah manjadi rakan (sila lihat equation di atas) namun semua itu bukanlah termasuk dalam faktor-faktor yang perlu diambil kira. Dan juga pujian melimpah ruah, seakan malaikat yang datang membantu dan layanan adalah perlu lebih bagi melihat peluang subsidi lain. Namun rakan dan pemberi subsidi adalah dua entiti yang berbeza dan keduanya mempunyai niat yang berlainan.
Kemungkinan tahap pemahaman manusia juga boleh dibuat persamaan arithmetik di mana kiranya kita lihat dalam ilmu kira-kira, setiap apa juga nombor sekiranya di darab dengan sifar, hasilnya adalah sifar. Ataupun bagi yang kurang laju pemprosesan akalnya,
198234723635 X 0 = 0. (sifar disini boleh juga dilihat sebagai RM)
Jadi, setiap debit ke dalam akaun bank juga membolehkan sesuatu keadaan yang sebelumnya buruk, hitam legam, gelap tiba-tiba menjadi indah, cerah, comel dan hensem. Pengalaman tidak diperlukan untuk mengaplikasikan persamaan ini.

p/s: Penulis pernah mengikuti kursus Sarjana Ilmu Matematik Tinggi namun keadaan fizikal menyukarkan kelulusan subjek ini.