Pages

Saturday, March 29, 2008

Malam Jumaat

Setelah 17 hari bercuti sambil Jalan-Jalan Cari Makwe, maka disambung kembali kegiatan karut-mengarut di alam semesta ini.
Topik yang hendak ditimbulkan setelah agak lama ditenggelami air banjir petir dan kilat mungkin menyinggung perasaan sesetengah manusia. Namun kita tidak harus lari dari memperkatakannya.
Demikian juga untuk memperkatakannya, penulis sendiri agak keberatan untuk mengupas lebih lanjut memandangkan waktu perlawanan bolasepak antara pasukan Barcelona menentang pasukan arus hampir bermula.
Andai kiranya kedapatan sebarang perasan tidak puas hati atau merasa tertipu ketika membeli hati lembu yang mahal,maka dapatlah kiranya diadukan kekesalan tersebut kepada talian Nur, yang dilancarkan sebelum berlangsungnya pilihan rakyat baru-baru ini.
Sememangnya setiap manusia dilahirkan mempunyai otak yang kemudiannya diisi oleh pemunya dengan berbagai-bagai isirong sawit dan soya. Tidak dapat ditapis lagi akan hampas-hampas yang menyelinap masuk ke dalam tempayan namun dapatlah kiranya diambil yang jernih lalu diproses menjadi air minuman 'reverse osmosis' dan dibuang yang berkeladak atau boleh juga diproses menjadi 'Newater' seperti yang berlaku di bawah sana.
Maka proses penyongsangan air ini menjadi kritikal di suatu zaman kelak di mana segala amalan-amalan songsang, besar kemungkinan akan berleluasa akibat penggantian pucuk dicita ulam mendatang. Tidak dapat tidak kita haruslah berusaha agar penggantian ini tidak berlaku dan pucuk tersebut menguncup sehingga layu bagai di simbah najis mughallazah.
Akan tetapi, Pak Mat Tempe yang masih di hospital akibat kemalangandengan motokar, masih lagi bertanggungjawab untuk mengutip hutang piutang dari penyewa-penyewa rumah pangsa di sekeliling kota. Di samping untuk merawat isterinya yangmengalami pendarahan koklea di mana mengakibatkan pendengarannya agak sumbang bagai ayam kuning membuat sarang.
Oleh itu, sekiranya anda atau sedara mara anda maupun rakan taulan mempunyai sebarang masalah kewangan yang meruncing, dapatkan segera khidmat Pak Mat Tempe sementara hari masih muda.

Thursday, March 13, 2008

Satu hari di kandang kambing

Memandangkan bahang pilihanraya masih lagi membahang dan akan terus dibahangi sehingga pilihanraya Amerika Syarikat hujung tahun ini, maka ruangan ini mengambil kesempatan untuk sama-sama menambahkan minyak untuk api dalam sekam.
Berikut adalah perbualan yang sempat di rakamkan di sekitar hari pemilihan kerajaan kambing.

Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....


*kredit diberikan kepada Puan Latifah Abdul Latif dari Kuala Kangsar yang berjaya mencilok petikan perbualan ini sebelum ditapis oleh Lembaga berbaju hitam.