Pages

Thursday, February 21, 2008

Subuh di Andalusia

'Untuk Siapa Loceng Itu Berbunyi', begitulah tajuk sebuah lagu kumpulan rock dari Jawa Barat yang pernah popular satu ketika dahulu. Lagu yang sukar untuk disiulkan kerana muziknya agak laju dari segi temponya dan tempe tidak terlibat dengan pembikinan album ini. Namun begitu, setelah bertahun-tahun lamanya kumpulan yang memperjuangkan muzik jenis ini telah dikhabarkan berpecah bagi memberi laluan kepada air pasang pagi surut pukul lima.Lagu-lagu yang lain pernah dipopularkan oleh kumpulan ini, antaranya ialah ' Ke Mana Saja Yang Aku Hendak Pergi', 'Bateri' dan 'Bunuh Mereka Semua'.
Kemajuan pesat yang berlaku di Selatan Nigeria sekarang adalah antara punca pengunduran mereka. Tidak dinafikan akan kuatnya pengaruh kumpulan ini dalam arena muzik antarabangsa namun yang dapat dipastikan ialah kesinambungan pejuangan mereka diteruskan oleh muka-muka baru dalam industri perkapalan dan kemasukan buruh asing.
Namun sekiranya diberi peluang untuk melihat kumpulan ini beraksi di atas pentas dan juga kenduri kahwin, ia mampu mengembalikan semula nostalgia indah sewaktu menyeberang tambak Johor di Tahun Baru Cina. Dan semestinya menjadi amalan lazim ahli kumpulan ini setiap kali berada di pentas untuk menyanyikan lagu kebangsaan negara Cuba. Pengunduran Fidel Castro juga memberi tamparan hebat dan didenda berdiri atas kerusi sekiranya pelajar yang didapati melakukan kesalahan serius seperti mencabul dan mencium pipi guru Tingkatan 5 Melur.
Sumbangan kumpulan ini tidaklah harus dipandang enteng oleh pihak yang tidak menyenangi akan kejayaan mereka kerana pembebasan pejuang-pejuang Al-Qaeda tidaklah mampu menyaingi akan tahap keselamatan yang 'canggih' kononnya oleh pihak CIA. Sedari itu, marilah kita bersama melihat akan tahap kebebalan masing-masing sebelum mengundi di waktu pilihanraya. Namun begitu terdapat ura-ura mengatakan beberapa buah lagu dalam bahasa Jawa telah dirakamkan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam bidang muzik. Difahamkan antara lagu yang telah dirakamkan ialah masih belum bertajuk dan terdapat lirik yang dipetik dari sebuah lagu berbunyi '.. Its done, and its wrong, but im doing it the right way and its great..and not for long..'. Sebagai tatapan semua, diselitkan gambar di waktu awal penubuhan kumpulan ini. Sekian laporan saham dan kaji cuaca untuk hari ini.



Saturday, February 16, 2008

Riwayat

Telah diriwayatkan akan kisah hidup sang kancil dikala zaman itu, binatang mampu berkata-kata seperti manusia lagaknya. Kononnya telah tersebar di laman-laman web seluruh dunia ketika itu akan kebijaksanaan sang kancil menipu sang buaya bagi membolehkan haiwan itu menyeberang sungai dengan jayanya. namun disebalik kejayaan itu, sebenarnya masih kedapatan pihak-pihak yang sengaja meletakkan simpati mereka kepada sang buaya. Antara alasan-alasan yang digunapakai oleh pihak ini ialah, daging kancil yang enak mampu menyembuhkan beberapa penyakit kronik seperti demam malaria, selsema burung dan radang esofagus. Darah kancil juga amat bersesuaian dengan arteri dan vena kava yang dimiliki oleh buaya. Dan banyak lagi khasiat daging kancil kepada semua binatang yang lain.



Atas alasan moral yang rendah dimiliki oleh sang kancil serta kurang adab dan bijak berlakon di hadapan buaya membuatkan keletah sang kancil yang tergedik-gedik ini amat memualkan. Penipuan secara terbuka ini telah menyebabkan keturunan buaya hari ini umpama melukut di tepi gantang. Maruah mereka telah tercalar seterusnya mengurangkan jumlah pengunjung ke taman-taman buaya dan Zoo Negara.

Kesimpulan dari kisah ini, marilah kita sama-sama merenung sejenak akan nasib sang kancil dan buaya yang kini mengalami kepupusan dan menopouse yang serius. Akan tetapi haruslah kita beringat ketika membuang undi dan sampah di pusat-pusat pengundian kelak, berhati-hati serta bersedia menghadapi kejutan malah mungkin rasukan. Tidak dilupakan diingatkan agar jangan pandang belakang sehabisnya urusan anda membuang undi. Adalah ditakuti hantu-hantu yang digembar-gemburkan di waktu mengundi ini mempunyai kuasa rasukan sehingga boleh mengakibatkan selsema dan alahan kepada mee udang. Tidak diketahui akan asal-usul kejadian hantu ini, namun kehadirannya mampu meremangkan bulu roma irama dan bulu kambing. Untuk kisah selanjutnya mengenai hantu ini, akan dibincangkan di masa yang akan datang kelak, kerana pada masa ini ianya tidak dapat hadir atas sebab-sebab urusan rasmi.

Monday, February 11, 2008

The Pumpkin Workshop

Perjalanan jauh merentas benua artik semata-mata untuk memenuhi citarasa pengguna sarung getah Durex telah mendatangkan hasilnya apabila sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini berjaya menarik pelbagai lapisan dan corak kuih lapis. Sehubungan itu juga parti rakyat Thai telah bersetuju untuk meluluskan pinjaman bagi meluaskan ternakan anak ayam untuk pasaran sekitar Lembah Klang dan Bukit Bintang. Tidak ketinggalan perbarisan rakyat sepanjang lebuhraya di seluruh negara disulami dengan maki hamun dan pedih ulu hati akibat ketiadaan potongan harga untuk bayaran tol. Sekadar melontarkan pendapat, seharusnya pihak berkenaan haruslah mengurangkan bayaran tol akibat kesesakan yang tidak dapat mereka atasi sebagai penjual keselesaan di kala menggunakan jalanraya berbayar. Lontaran ini juga tepat mengenai dahi seorang sami yang dikatakan rambutnya hitam tapi hati lain-lain.

Namun begitu masih kedapatan golongan yang bernasib baik kerana menggunakan kemudahan pengangkutan udara dan laut. Hal ini telah dipastikan oleh Jabatan Imigresen dengan tertangkapnya berpuluh ribu pendatang tanpa izin sejak zaman tok kaduk. Ketika bapak kaduk masih lagi hidup, kekhuatiran penghuni rumah panjang tidak dapat disembunyikan lagi akibat perlakuan rakus kuda padi meranduk paya dan sawah untuk menyuburkan tanaman padi huma.

Untuk 'posting' kali ini, penulis telah menjemput seorang pakar bahasa untuk bersama mengongsi perkataan baru dalam kamus dewan orang ramai. Namun demikian, identiti pakar ini haruslah dirahsiakan atas sebab kekurangan sumber kewangan sekiranya disaman kelak.

Perkataan yang akan beliau kongsi adalah 'cemolot'. Menurut mitos, perkataan ini telah digunakan sewaktu penjajahan Sepanyol ke Mexico yang seterusnya mengakibatkan pelarian Rwanda tiba di Tanah Melayu lantas mempopularkan perkataan ini. Berikut ialah keterangan perkataan ini.

Cem·o·lot [che-moh-lot] Pronounciation Key - Show IPA Pronunciation
–noun
1.the legendary act of a couple like what they said are in love. (Ptuihhhhh)
2.any idyllic place or period, esp. one of great happiness.
3.most part of the world refer it as French Kiss though it was the Spain conquer the Sumatera and West Java. It is said that this act would trigger SCOPE (spontaneous combustion of premature ejaculation)
Cem·o·lot·i·an, adjective
Dicksyenery.com Unabridged (v 1.1)
Based on the Random House Unabridged Dictionary, © Random House, Inc. 2006.


p/s: Sebarang pertanyaan untuk bantuan secara praktikal berkenaan perkataan di atas bolehlah menghubungi pihak Blog Karut kerana dikhabarkan tahap kemahiran dan kreatif kami adalah yang terbaik di rantau ini. Bakul ini juga telah ditaja oleh Blog Karut Bhd. (hahaha)

Sunday, February 3, 2008

Katok dan kambing

Hujan merupakan keadaan di mana cuaca yang disertai awan mendung membawa air membocorkan muatannya ke atas muka bumi tak kira di mana bumi di pijak di situ jugalah langit yang membawa hujan tadi dijunjung. Tidak dapat dielak dari menerima hujan walaupun menggunakan bomoh hujan berkelulusan phd dan juga kesan akibat dari hujan ini akan dihuraikan secukupnya pada penulisan kali ini.
Seperti juga hidupan lain di bumi ini, katak dan kambing adalah sinonim dengan hujan. Sekiranya sang katak riuh mendendangkan lagu dan teriakan memanggil hujan, kambing pula sibuk bermesyuarat bagaimana untuk menghalau katak-katak dari habitat mereka. Tidak dapat disembunyikan lagi kebencian komuniti kambing di kampung-kampung sekitar Lembah Kinta terhadap gelagat katak-katak di situ. Malah pernah terjadi perdebatan hebat antara 2 kategori haiwan ini sehingga hampir terjadi pergaduhan dan seterusnya setiap tutur kata yang keluar dari kedua puak ini tidak lain dan tidak bukan menjurus ke arah ketegangan kaum.
Menurut lagenda purba yang boleh dipercayai pembohongannya, beberapa kurun lampau pernah terjadi perang antara katak dan kambing di mana pasukan artileri katak telah berjaya menawan kubu-kubu strategik kambing dan mencabut beberapa helai bulu janggut jeneral kambing yang gugur sewaktu pagi menjengah di hari aqiqah.
Perang yang berlarutan sehingga tamat edah tersebut akhirnya dimenangi oleh katak. Namun katak-katak tersebut tidak dapat meraikannya secara maksimum keranan ketibaan musim kemarau yang memaksa penghuni-penghuni rumah pangsa Pekeliling berpindah. Keadaan tiang lampu dan tiang gol yang dipacakkan secara tidak menentu akhirnya memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
Kecimpulan kisah hujan pada kali ini membawa kita jauh terpesong dan pencemaran budaya terus menerus belaku dalam masyarakat pada hari ini. Keghairahan mengejar keuntungan dan penjualan sisa-sisa kelapa sawit yang nyata menguntungkan pihak yang menjual, umpama resmi padi, alah membeli menang memakai. Begitu juga dengan majlis-majlis perasmian pecah tanah di kawasan Tenggaroh.

Saturday, February 2, 2008

Need indeed

Perkataan muzik yang berasal dari bahasa Jepun adalah salah satu cabang seni yang popular selain seni khat dan seni bela diri. Terkini dilaporkan bahawa industri muzik dunia telah membawa keuntungan sehingga tidak siapa mampu untuk mengira jumlahnya. Namun jika diteliti akan keperluan untuk memajukan industri ini amatlah diharapkan supaya pihak-pihak yang berkenaan dapat memastikan agar banjir kilat tidak lagi berlaku disertai petir dan guruh. Kemunculan program-program mencari bakat dan seterusnya acara masuk bakul angkat sendiri tumbuh seperti cendawan kulat selepas hujan renyai-renyai di kawasan gunung-ganang dan paya bakau.

Sehingga kini statistik menunjukkan kemampuan kumpulan atau bakat baru dalam bidang muzik semakin meningkat sehingga mencapai ketinggian yang lebih tinggi dari Menara Kuala Lumpur. Ukuran baju di badan sendiri dan pencapaian di peringkat antarabangsa juga membawa muzik kini lebih baik tarafnya jika dibandingkan di zaman-zaman awal paleolitik. Namun ada segelintir pihak yang tidak mahu melihat kejayaan ini sebagai pendorong malah kereta sorong yang digunakan di ladang kelapa sawit adalah amat banyak baktinya kepada peladang-peladang di kawasan Jengka 8.

Diberitakan juga kewujudan irama-irama baru dan gabungan pelbagai jenis alat muzik seperti sitar dan keyboard menjadi 'siboard', dram yang digabungkan dengan cak lempong menjadik 'dramekpong' serta gitar dengan 'bagpipe' menjadi 'tarpipe' dan contoh yang akhir sekali piano dan magpie menjadi 'paipon'. Usaha-usaha seperti ini haruslah diteruskan dan disokong oleh semua lapisan masyarakat agar generasi masa depan dapat meneliti tahap kreativiti serta kesungguhan masyarakat luar bandar untuk memajukan industri kuih bahulu.

Akhir kata, kemajuan industri muzik yang amat pesat di kala ini akan membuahkan hasil yang yang lumayan dan masalah subsidi baja yang semakin meruncing dapat diatasi dengan pengenalan sistem berkomputer di kedai-kedai mamak seluruh negara. Bak kata pepatah, tiada 'rotan akar pun berguna'. Begitulah jugalah kita sesama manusia agar melihat sekiranya sesuatu kegunaan itu penting untuk diri sendiri dan di kala duka menjadi teman, maka habis madu bersepah-sepah sepah dibuang sewaktu bercuti di Pulau Langkawi. Namun sekiranya madu-madu tersebut dikumpulkan dan diproses semula menjadi air daun ketum tidak dapat digambarkan nikmatnya beraya di lokap dan Balai Polis sekitar Lembah Klang. ( Langkawi island is an archipelago of 104 islands lying in the north western coast of Peninsular Malaysia. The exact location of these tropical islands is at the site where the Straits of Malacca meets the waters of the Andaman Seas. Also known as a place where Malay couple get the services to do make-ups and rent their costume for wedding ceremony. The largest of these islands is called Langkawi Island and is bigger than the Penang Island.The other islands in this group are Island of Pregnant Maiden (Pulau Dayang Bunting), Lion Island (Pulau Singa Besar), Cute Monkey Island and Giligan Island which also being used for black magic practice. For more information please call 1-300-1 Hour service.com