Pages

Wednesday, November 28, 2007

Annihiliation

Mysterious rashes, 19 choke at fast-food restaurant in Germany
Dresden, Germany (dpa) - Police cleared a fast-food chain restaurant in the German city of Dresden on Tuesday after 19 people mysteriously developed rashes in their mouths and choking sensations in the airways.
Ambulance doctors treated them on the spot and none were admitted to hospital.
Investigators took air and dust samples from the sealed McDonald's restaurant and checked the ventilation system.
Police said it was possible there had been a build-up of construction chemicals indoors after recent rebuilding work. The restaurant was to remain closed overnight.
A police spokesman in the eastern city added that there was no evidence of any deliberate chemical attack.


Melihat kepada berita yang dipetik dari sumber yang dipercayai, keaddan yang berlaku adalah bukan disebabkan keracunan makanan, tetapi adalah disebabkan keadaan tempat makan yang tercemar. Dari sudut pandangan lain, pemakanan yang seimbang boleh membawa kepada keseimbangan pemikiran dan juga diri ketika berdiri di atas kaki sendiri. perhimpunan haram juga boleh membawa mudarat kepada diri dan juga pihak polis, malah pembawaan yang keterlaluan umpamanya boleh menyebabkan keadaan makanan yang tidak hadam, seterusnya mencetuskan fenomena sembelit. telah diakui sejak berkurun lamanya, setiap perhimpunan pagi Isnin di setiap sekolah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku versi romantis, namun keengganan Hindraf untuk mematuhi peraturan nyanyian ini membawa kepada ketidakpuasan hati bagi sesetengah golongan masyarakat khususnya. Hindraf yang juga bermaksud hindari (hampir kepada sebutan hadhari) dari melakukan dosa ataupun pecah kepala. Semoga peradaban dan kesopanan kesusilaan yang telah disemai sejak musim menuai yang lalu mampu menjana pertumbuhan padi yang masak saksama adanya. Bhoooottt...!!

Thursday, November 22, 2007

Alam Dan Manusia

Malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk melihat bintang. Cahaya bintang yang jelas kelihatan walaupun hanya kadang-kadang kerana malu untuk menonjolkan dirinya. Siang pula ialah waktu yang paling sesuai untuk memerhati alam kerana di waktu inilah kita telah bangun dari tidur yang lena. Keadaan yang sesuai juga berlaku ketika pemerhatian terhadap matahari telah dilakukan sejak berabad lamanya. Walaupun dalam bahasa melayu, menurut kamus dewan, matahari ialah sebuah bintang yang besar bangat saiznya dan mampu untuk menyinari cakerawala gugusan kepulauan riau hampir berbillion tahun lamanya, matahari juga adalah nama bagi sebuah kumpulan rock di negara Papua New Guinea. Lagu-lagu yang dimainkan kumpulan ini dikatakan setanding dengan kumpulan yang tersohor di zaman 60-an dahulu, si Kumbang, adalah kerana peralatan yang digunakan mereka merupakan peralatan yang dihasilkan pada tahun 60-an juga adanya. Namun begitu bulan tidak pula harus merasa kecil hati kerana namanya tidak digunakan oleh mana-mana kumpulan rock ataupun pop kerana nilai komersil pada nama bulan tidaklah setinggi nilai nama si pungguk. Nama 'Pungguk' (jangan terkeliru dengan pungkoq) pernah digunakan di dalam perumpamaan bahasa melayu lama adalah kerana sifatnya dan perlakuan sang pungguk tersebut yang terpesona dek cahaya bulan. Kerana waktu siang si pungguk dihabiskan dengan melepak di kedai dan restoran milik keluang dan kelawar di gua-gua berhampiran. Namun juga pernah dikhabarkan punca sang pungguk tidak merindui matahari adalah kerana terlampau silau akan cahaya sang matahari dan sunglass (dengan izin) untuk pungguk masih belum dicipta oleh mana-mana makhluk di muka bumi ini.

Tuesday, November 20, 2007

Gambaten

Ketika lagu kerincong didendangkan waktu pagi hari itu, tiba-tiba aku teringat seorang rakan yang sudah hampir 20 tahun tidak kutemui. Kenangan yang manis sekali sekala mampu membuatkan pertimbangan hampir goyah dan kadangkala agak keterlaluan sementelah kenaikan harga getah yang melambung daqn faktor hujan. Penoreh-penoreh getah sekarang mampu hidup senang dan senyum ketika membayar hutang akibat kenaikan harga getah yang disifatkan sebagai durian runtuh walaupun musim durian telah berlalu hampir 6 bulan lamanya.
Pada ketika inilah kita sepatutnya bersyukur dan saling membantu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni dan kemakmuran yang dikongsi bersama hasil 50 tahun merdeka mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun masih ada sedikit golongan yang merasakan kemerdekaan ini masih belum sampai kepada mereka adapun kerana mereka masih di dalam perut ibu mereka adanya. Sementara itu, kejayaan pasukan tentera dan polis juga tidak dapat dinafikan bagi mempastikan kejayaan sambutan kemerdekaan dalam perarakan yang lepas.
Semoga negara kita akan terus berada dalam keadaan yang selesa walaupun perbezaan gol agak jauh ketinggalan dimana penjaring terbanyak merupakan ahli persatuan silat cekak yang telah tamat keanggotaannya. Majulah Sukan untuk negara maju.

Monday, November 19, 2007

Karut Hari Pertama

Bercerita mengenai keadaan dan situasi di kala ini yang begitu tidak menetu, terasa pula hendak meminum kopi. Keadaan yang berbeza jika dibandingkan waktu dan tarikh yang sama 10 tahun dahulu. Ada ketikanya kita terlampau lalai dan leka dengan sesuatu hingga tidak dapat mencapai tahap pemikiran dan daya ingatan yang kukuh setanding manusia lain. Keadaan dan waktulah yang mengajar dan membayangi hidup kita tanpa disedari. Pengajaran daripada tersebut selalu kita abaikan dan mengambil ringan akan keperluannya di suatu masa nanti. Disinilah kesedaran dan keagungan sesebuah pemikiran bermula dan kita tertinggal untuk bersama meraikannya. Namun masa masih mengizinkan kita tatkala masyarakat India di Malaysia sudah selesai menyambut Deepavali dan penganut kristian pula akan menyambut krismas, sudi apalah kiranya sambutan itu dipanjangkan hingga tahun baru cina di samping tidak meninggalkan hari Raya Haji yang juga bakal menjelma. Dan di kesempatan ini juga saya ingin meminta ampun dan maaf andai terkasar bahasa, terlebih bergurau dan juga lagu ini ditujukan kepada semua warga emas dan perak di mana anda berada..dipersembahkan..dendangan kumpulan Wings, Alam Barzakh!!!