Pages

Thursday, February 21, 2008

Subuh di Andalusia

'Untuk Siapa Loceng Itu Berbunyi', begitulah tajuk sebuah lagu kumpulan rock dari Jawa Barat yang pernah popular satu ketika dahulu. Lagu yang sukar untuk disiulkan kerana muziknya agak laju dari segi temponya dan tempe tidak terlibat dengan pembikinan album ini. Namun begitu, setelah bertahun-tahun lamanya kumpulan yang memperjuangkan muzik jenis ini telah dikhabarkan berpecah bagi memberi laluan kepada air pasang pagi surut pukul lima.Lagu-lagu yang lain pernah dipopularkan oleh kumpulan ini, antaranya ialah ' Ke Mana Saja Yang Aku Hendak Pergi', 'Bateri' dan 'Bunuh Mereka Semua'.
Kemajuan pesat yang berlaku di Selatan Nigeria sekarang adalah antara punca pengunduran mereka. Tidak dinafikan akan kuatnya pengaruh kumpulan ini dalam arena muzik antarabangsa namun yang dapat dipastikan ialah kesinambungan pejuangan mereka diteruskan oleh muka-muka baru dalam industri perkapalan dan kemasukan buruh asing.
Namun sekiranya diberi peluang untuk melihat kumpulan ini beraksi di atas pentas dan juga kenduri kahwin, ia mampu mengembalikan semula nostalgia indah sewaktu menyeberang tambak Johor di Tahun Baru Cina. Dan semestinya menjadi amalan lazim ahli kumpulan ini setiap kali berada di pentas untuk menyanyikan lagu kebangsaan negara Cuba. Pengunduran Fidel Castro juga memberi tamparan hebat dan didenda berdiri atas kerusi sekiranya pelajar yang didapati melakukan kesalahan serius seperti mencabul dan mencium pipi guru Tingkatan 5 Melur.
Sumbangan kumpulan ini tidaklah harus dipandang enteng oleh pihak yang tidak menyenangi akan kejayaan mereka kerana pembebasan pejuang-pejuang Al-Qaeda tidaklah mampu menyaingi akan tahap keselamatan yang 'canggih' kononnya oleh pihak CIA. Sedari itu, marilah kita bersama melihat akan tahap kebebalan masing-masing sebelum mengundi di waktu pilihanraya. Namun begitu terdapat ura-ura mengatakan beberapa buah lagu dalam bahasa Jawa telah dirakamkan sebagai menghargai sumbangan mereka dalam bidang muzik. Difahamkan antara lagu yang telah dirakamkan ialah masih belum bertajuk dan terdapat lirik yang dipetik dari sebuah lagu berbunyi '.. Its done, and its wrong, but im doing it the right way and its great..and not for long..'. Sebagai tatapan semua, diselitkan gambar di waktu awal penubuhan kumpulan ini. Sekian laporan saham dan kaji cuaca untuk hari ini.



No comments: