Pages

Friday, January 18, 2008

Shine On You Crazy Diamond

Berikutan situasi negara sekarang berada dalam keadaan yang agak kucar-kacir, kelam-kabut, riuh-rendah, hingar bingar dek kerana susu yang dituang menjadi kesalahan kepada peminum susu kerana nila yang hendak dititikkan mengenai dasar belanga, namun tidak kepada susu tersebut.
Begitulah kesimpulan yang dapat dibuat melalui pemerhatian ataupun 'observation' dari kacamata seorang rakyat marhain yang hampir buta akibat bermain meriam buluh pada perayaan Deepavali yang lalu. Namun keadaan ini juga memberi manfaat kepada peminum-peminum minuman yang bukan berasaskan susu kerana mereka ini golongan yang terhindraf dari keracunan nila. Sebagai contoh, minuman milo dikatakan bau yang menyerupai bau sang memerang sedang berjemur di Pantai Maui, Hawaii.
Sedikit ingin diingatkan kepada pemakan-pemakan cili di seluruh dunia bahawa kemungkinan cili yang dimakan sama ada secara mentah maupun dimasak adalah mengandungi tahap pedas yang berbeza namun ianya akan hilang setelah beberapa ketika. Namun bagi mereka yang memberi cili ini untuk dimakan oleh pemakan cili ini, manakah mungkin dapat diukur akan tahap 'stress' mahupun kepuasan hati sama ada tinggi atau rendah untuk melihat pemakan cili tersebut terguling-guling menahan pedas. Adakah ianya bermotifkan dendam, cemburu, politik, gangguan mental, sakit ulu hati, batuk berdarah, jangkitan malaria ataupun semata-mata hiburan di kala senja melabuhkan tirainya lalu menjelmalah malam?
Pernah juga diceritakan bahawa seorang pengemis sedang berjalan-jalan di sebuah kawasan gelanggang makanan yang mewah dan dia berhenti seketika untuk melihat santapan lazat yang dijual di situ. Sedang ketika kakinya melangkah untuk beredar dari tempat kejadian, terdengar suara sumbang dari salah seorang penjamu selera di situ " Goreng pun sodap..".
Pengajaran dari kisah tersebut haruslah kita memastikan cili yang hendak dibuat santapan agar tidak terlalu pedas supaya pengajaran dari cili ini dapat pula disampaikan kepada pengemis tadi. Dan pengemis tadi hendaklah sedar akan kekurangan diri dan ketiadaan kelebihan yang hendak ditandingi dengan penjamu selera tadi.

* Cili merupakan tanaman renek yang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk serta warna. Tanaman ini telah bertebaran dari Amerika tengah hingga India barat beribu tahun yang lalu sehingga pihak Sepanyol memperkenalkannya di seluruh dunia. Untuk keterangan lanjut mengenai cili ini, boleh lah layri laman web www.KucIlImuluTmu.com

No comments: