Pages

Thursday, November 22, 2007

Alam Dan Manusia

Malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk melihat bintang. Cahaya bintang yang jelas kelihatan walaupun hanya kadang-kadang kerana malu untuk menonjolkan dirinya. Siang pula ialah waktu yang paling sesuai untuk memerhati alam kerana di waktu inilah kita telah bangun dari tidur yang lena. Keadaan yang sesuai juga berlaku ketika pemerhatian terhadap matahari telah dilakukan sejak berabad lamanya. Walaupun dalam bahasa melayu, menurut kamus dewan, matahari ialah sebuah bintang yang besar bangat saiznya dan mampu untuk menyinari cakerawala gugusan kepulauan riau hampir berbillion tahun lamanya, matahari juga adalah nama bagi sebuah kumpulan rock di negara Papua New Guinea. Lagu-lagu yang dimainkan kumpulan ini dikatakan setanding dengan kumpulan yang tersohor di zaman 60-an dahulu, si Kumbang, adalah kerana peralatan yang digunakan mereka merupakan peralatan yang dihasilkan pada tahun 60-an juga adanya. Namun begitu bulan tidak pula harus merasa kecil hati kerana namanya tidak digunakan oleh mana-mana kumpulan rock ataupun pop kerana nilai komersil pada nama bulan tidaklah setinggi nilai nama si pungguk. Nama 'Pungguk' (jangan terkeliru dengan pungkoq) pernah digunakan di dalam perumpamaan bahasa melayu lama adalah kerana sifatnya dan perlakuan sang pungguk tersebut yang terpesona dek cahaya bulan. Kerana waktu siang si pungguk dihabiskan dengan melepak di kedai dan restoran milik keluang dan kelawar di gua-gua berhampiran. Namun juga pernah dikhabarkan punca sang pungguk tidak merindui matahari adalah kerana terlampau silau akan cahaya sang matahari dan sunglass (dengan izin) untuk pungguk masih belum dicipta oleh mana-mana makhluk di muka bumi ini.

No comments: