Pages

Thursday, May 22, 2008

BMX, GSX 500 and Ducati Sport Classic 1100

Jika kita berbicara tentang evolusi, hampir semua membayangkan evolusi adalah sesuatu yang berkaitan dengan dinosour ataupun ada yang terpaksa merujuk kamus bahasa urdu untuk mengetahui maksudnya. Malah jangan terkejut sekiranya ada golongan yang menganggap ianya adalah sebuah lagi kereta buatan Mitsubishi. Jika menurut kamus orang putih, evolusi membawa maksud proses kejadian yang membawa hasil berbeza ataupun lebih kurang begitulah maksudnya. Evolusi adalah sesuatu kejadian yang berlaku setiap hari dan Team Karut telah berjaya menyelongkar kisah luar biasa ini di depan mata sendiri. Namun atas nasihat kerajaan negeri masing-masing, adalah tidak digalakkan untuk berbicara sumbang sesama manusia atas sebab kesejahteraan rakyat jelata.
Hubungan yang terhasil antara manusia dan kaum Zentradi (sila rujuk cerita Macross) adalah melalui proses yang sukar di mana kedua spesis ini cuba untuk menakluki sesama sendiri. Dan kini setelah beberapa dekad, manusia dan Zentradi telah berjaya mewujudkan permuafakatan dan tinggal bersama-sama dalam kapal koloni yang di'modified' agar keselesaan penumpang terjamin dan sebarang pembuangan sisa pepejal adalah digalakkan. Kehadiran spesis yang aneh baru-baru ini memaksa kaum manusia dan Zentradi yang telah bersatu memerangi anasir-anasir liar dari spesis aneh ini. Pembawaan yang keterlaluan atau ekstrem dalam hiburan, pil-pil khayal serta penularan gaya hidup ranggi metropolis membawa keadaan kucar-kacir di kalangan belia. Namun pihak Zentradi percaya wabak-wabak ini boleh dihindari dengan pemakanan yang sihat serta kehidupan yang sederhana.
Juga telah diberitakan proses evolusi ini bukan sahaja melanda spesis yang hidup, malah juga berlaku ke atas kenderaan yang dinaiki oleh manusia setiap hari. Dari bentuk kereta yang seperti Spongebob Squarepants sehingga kenderaan yang hampir menyerupai pakaian bakini seseksi awek di Bali, begitulah evolusi berlaku tanpa disedari. Juga dari sikap manusia yang agak kebodoh-bodohan kita boleh melihat evolusi berlaku atas kehendak dan nafsu.
Barang apa sekiranya kemampuan yang dimilki tidak tercapai untuk cuba meminum minuman yang kekerasan umpama budak sekolah yang belum akil baligh mengelak ditangkap cuba dibawa di meja pub-pub terkemuka negara. Maka kemampuan itulah sebenarnya cuba diperjelaskan lagi agar bagi mereka yang tidak mampu tiadalah bersusah payah bermimpi mampu untuk semuanya. Terkadangkala cermin itu adalah suatu sifat selain fizikal yang tergantung di tandas awam dan milik persendirian.
Akhir kata, evolusi adalah di mana sebenarnya perubahan yang berdasarkan masa serta tahap pemikiran dan bukan lagi punca kepupusan dinosour adalah sebab letupan gunung berapi ataupun meteor yang jatuh, namun kegagalan pihak Ultraman untuk mengekang diri menahan hawa nafsu dari membunuh haiwan-haiwan ini haruslah ditonjolkan.

Dulang serpih dibawa belayar,

pisang tanduk dibuat cekodok,
Andai benar bicara tuan lauya
Izinkan hamba menumpang membuang hampas padi di kebuk padi tuan hamba??

p/s: Pantun ini ditaja oleh sponsor Kelab Liverpool. Hijau itu ranggi, hanya di kelab!!!

No comments: