Pages

Tuesday, January 8, 2008

Kisah Dan Teladan

Agak teruja apabila membaca tentang kisah bagaimana sang kancil dan buaya cuba menggunakan helah masing-masing demi untuk meneruskan perjuangan kemerdekaan nenek moyang mereka suatu ketika dahulu. Bila mana sang monyet dan ketuhar gelombang mikro mengadu domba akan perilaku makhluk di hutan, yang tidak menyenangi perangai mereka berdua, lain pula akan ceritanya dengan sang belut. Arakian disebutkan bahawa, asal usul belut adalah berpunca dari sebatang sungai adanya. Kehadiran naga tasik Chini dan rakan sekutu rapatnya di sungai ini menjadi topik hangat dan langsung gosip liar tersebar seantero dunia persilatan Melayu dengan pantasnya. Di samping kemajuan telekomunikasi dan perhubungan internet, perkhidmatan penghantaran sang geruda juga tidak diabaikan.
Demikianlah peri pentingnya tentang kitaran makanan di hutan dan di alam ini, umumnya. Ketika manusia masih tercari-cari rentak hidup, dan masih bersembunyi di bawah redup, terungkailah kata-kata sang pujanggga, alah bisa tegal biasa.