Pages

Thursday, January 17, 2008

Peluru bersayap rama-rama

Sebagai memenuhi permintaan penduduk-penduduk Taman Mawar di sebuah daerah di negeri yang dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan dalam negeri, maka 'posting' untuk kali ini akan difokuskan kepada pengucapan ataupun tuturkata yang boleh diklasifikasikan sebagai perbualan mengayat. Mengorat dan menuturkan ayat-ayat- 'power' sebenarnya memerlukan daya saing yang tinggi dan pemikiran yang sihat bagi mencapai tujuan yang dikehendaki. Bagi mereka yang mempunyai IQ kurang dari 50 misalnya,(sebagai contoh, seorang rakan penulis berasal dari negeri yang juga dirahsiakan lokasinya dan memiliki motorsikal Yamaha Nouvo) haruslah mendapatkan lebihkalsium dan lemak dari susu untuk melakukan aksi yang akan dibincangkan pada kali ini. Sebarang persamaan ayat atau tuturkata yang dinyatakan di sini adalah tidak mempunyai walau sekecil zarah persamaan sama ada dengan yang masih hidup ataupun telah putus nafasnya. Untuk contoh yang pertama kita hayati terlebih dahulu lagu dendangan Endang Estaurina yang juga dirahsiakan judulnya. Lagu ini khas ditujukan kepada penduduk-penduduk Taman Mawar dan penghuni rumah kongsi sungai Muar dan parit-parit disekitarnya.


Di sebuah lokasi berhampiran sebuah taman di sebuah negara yang dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan. AMARAN:Keadaan cuaca yang tidak menentu juga menjadi faktor penyumbang kepada pebualan ini.

Boy: "So how are you today?"
Girl: "Just fine..having my lunch now. Wanna join me?"
Boy: (Smile) "Nope..kinda full right now. Plus it will only disturbing my great time now."
Girl: "What do you mean your great time? Its raining now.."
Boy: "To be with you here..nothing can beat this moment. Unless I'm driving an M6 now..(laughing)"
Girl: (Smile) "Gilerr..."

p/s: Dialog ini tidak dapat dihabiskan oleh pasangan ini kerana kehadiran pihak berkuasa tempatan di kala senja memukau pandangan ribuan penonton yang hadir untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang berlangsung tidak jauh dari tempat kejadian. Semoga kita sama-sama mendapat pengajaran dari situasi di atas.

Tidak dilupakan para penaja yang sudi menaja rancangan serta penanam-penanam tebu (Tebu atau nama saintifiknya, Saccharum, merupakan tanaman berumpun yang hidup di kawasan Asia Selatan dan Asia Tenggara. Merupakan ramuan utama nagi menghaslkan gula dan juga peribahasa yang berbunyi 'Mati semut kerana gula' dan Dimana ada gula, di situ ada semut') di mulut dan para-para sakura termasuk sekali warga tentera yang berkhidmat di sempadan tanah air.

2 comments:

Anonymous said...

gaya penulisan yg sungguh menarik.. teruskan usaha murni anda..

Tukang Karut said...

yang kurik itu kendi, yang merah itu saga..andai di kerok kendi tersebut mungkin terjumpalah biji saga yang dimaksudkan...maka demikian jugalah sekiranya kereta proton saga melenyek kendi-kendi tersebut..sekian terima kasih.