Pages

Thursday, December 27, 2007

Banjir Dan Anda

Fenomena banjir di negara ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi semua. Keadaan rupa bumi yang bergunung ganang dan berlembah adalah antara faktor utama banjir di negara ini. Kerugian yang terhasil akibat banjir juga amatlah besar angkanya, namun seharusnya pihak yang bertanggungjawab memikirkan bagaimana untuk mengecilkan angka ini. Antara cadangan yang dapat diberi buat masa ini ialah penggunaan kanta rabun dekat ataupun mennggunakan 'font' yang sekecil mungkin.
Mungkin antara kita pernah terfikir bagaimana untuk mengubah nasib mangsa banjir yang boleh dikatakan setiap tahun singgah di depan rumah mereka. Pandangan dan nasihat juga telah banyak diberikan, namun hasilnya bagai mencurah air di daun keladi dan pisang.
Seorang rakyat marhain berpendapat, inilah masanya pihak Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan. Di waktu banjir inilah kita dapat melihat jaguh renang, triathlon dan angkat berat muncul secara tiba-tiba. Dikatakan mereka yang berenang sewaktu banjir ini mempunya daya tahan mental yang tinggi dan kecekapan pemanduan go-kart di litar F1 yang tiada taranya. Antara cabaran yang dilalui adalah seperti, melawan arus, mengelak halangan seperti binatang-binatang yang hanyut dan menghafal doa makan. Jaguh angkat berat juga tidak ketinggalan. Tatkala mangsa lain di pusat pemindahan sedang menunggu sarapan sponsor, mereka bertungkus lumus mengambil upah menolak kenderaan-kenderaan yang kandas di peringkat suku akhir, mengangkat barang-barang yang boleh diselamatkan dan juga barang-barang mangsa yang tidak mereka kenali secara sukarela dan suka paksa.
Sementara itu, jaguh-jaguh triathlon pula agak 'low profile' kerana kebolehan mereka merangkumi semua aspek jaguh renang dan angkat berat. Cabaran lebih getir berpihak kepada jaguh triathlon ini kerana harus melawan masa walaupun kadangkala kita denganr pepatah bahawa masa tidak menunggu kita. Kemunculan mereka juga jarang disiarkan di kaca televisyen kerana mereka beraksi pada waktu awal banjir dan juga ada yang tidak muncul-muncul lagi selepas beberapa kali beraksi. Jaguh-jaguh ini harus pantas berenang untuk mengelakkan air merosakkan barangan di dalam rumah, dan kemudian harus mengangkutnya sambil berlari ke tempat yang tinggi. Dan proses ini berulang-ulang sehingga semua barangs' berjaya diselamatkan.
Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat hasil dari pemerhatian ini, adalah perlu untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga diwaktu malam kerana walaupun rumah kita diterangi cahaya lampu kalimantang dan lampu berpendafluor, tidak bermakna kita harus mengambil enteng akan kebajikan mangsa banjir di negara ini. Sekian saya melaporkan untuk Pasaraya Warta, Selayang Baru.

No comments: