Telah diriwayatkan akan kisah hidup sang kancil dikala zaman itu, binatang mampu berkata-kata seperti manusia lagaknya. Kononnya telah tersebar di laman-laman web seluruh dunia ketika itu akan kebijaksanaan sang kancil menipu sang buaya bagi membolehkan haiwan itu menyeberang sungai dengan jayanya. namun disebalik kejayaan itu, sebenarnya masih kedapatan pihak-pihak yang sengaja meletakkan simpati mereka kepada sang buaya. Antara alasan-alasan yang digunapakai oleh pihak ini ialah, daging kancil yang enak mampu menyembuhkan beberapa penyakit kronik seperti demam malaria, selsema burung dan radang esofagus. Darah kancil juga amat bersesuaian dengan arteri dan vena kava yang dimiliki oleh buaya. Dan banyak lagi khasiat daging kancil kepada semua binatang yang lain.
Atas alasan moral yang rendah dimiliki oleh sang kancil serta kurang adab dan bijak berlakon di hadapan buaya membuatkan keletah sang kancil yang tergedik-gedik ini amat memualkan. Penipuan secara terbuka ini telah menyebabkan keturunan buaya hari ini umpama melukut di tepi gantang. Maruah mereka telah tercalar seterusnya mengurangkan jumlah pengunjung ke taman-taman buaya dan Zoo Negara.
Kesimpulan dari kisah ini, marilah kita sama-sama merenung sejenak akan nasib sang kancil dan buaya yang kini mengalami kepupusan dan menopouse yang serius. Akan tetapi haruslah kita beringat ketika membuang undi dan sampah di pusat-pusat pengundian kelak, berhati-hati serta bersedia menghadapi kejutan malah mungkin rasukan. Tidak dilupakan diingatkan agar jangan pandang belakang sehabisnya urusan anda membuang undi. Adalah ditakuti hantu-hantu yang digembar-gemburkan di waktu mengundi ini mempunyai kuasa rasukan sehingga boleh mengakibatkan selsema dan alahan kepada mee udang. Tidak diketahui akan asal-usul kejadian hantu ini, namun kehadirannya mampu meremangkan bulu roma irama dan bulu kambing. Untuk kisah selanjutnya mengenai hantu ini, akan dibincangkan di masa yang akan datang kelak, kerana pada masa ini ianya tidak dapat hadir atas sebab-sebab urusan rasmi.
No comments:
Post a Comment