Pages

Sunday, February 3, 2008

Katok dan kambing

Hujan merupakan keadaan di mana cuaca yang disertai awan mendung membawa air membocorkan muatannya ke atas muka bumi tak kira di mana bumi di pijak di situ jugalah langit yang membawa hujan tadi dijunjung. Tidak dapat dielak dari menerima hujan walaupun menggunakan bomoh hujan berkelulusan phd dan juga kesan akibat dari hujan ini akan dihuraikan secukupnya pada penulisan kali ini.
Seperti juga hidupan lain di bumi ini, katak dan kambing adalah sinonim dengan hujan. Sekiranya sang katak riuh mendendangkan lagu dan teriakan memanggil hujan, kambing pula sibuk bermesyuarat bagaimana untuk menghalau katak-katak dari habitat mereka. Tidak dapat disembunyikan lagi kebencian komuniti kambing di kampung-kampung sekitar Lembah Kinta terhadap gelagat katak-katak di situ. Malah pernah terjadi perdebatan hebat antara 2 kategori haiwan ini sehingga hampir terjadi pergaduhan dan seterusnya setiap tutur kata yang keluar dari kedua puak ini tidak lain dan tidak bukan menjurus ke arah ketegangan kaum.
Menurut lagenda purba yang boleh dipercayai pembohongannya, beberapa kurun lampau pernah terjadi perang antara katak dan kambing di mana pasukan artileri katak telah berjaya menawan kubu-kubu strategik kambing dan mencabut beberapa helai bulu janggut jeneral kambing yang gugur sewaktu pagi menjengah di hari aqiqah.
Perang yang berlarutan sehingga tamat edah tersebut akhirnya dimenangi oleh katak. Namun katak-katak tersebut tidak dapat meraikannya secara maksimum keranan ketibaan musim kemarau yang memaksa penghuni-penghuni rumah pangsa Pekeliling berpindah. Keadaan tiang lampu dan tiang gol yang dipacakkan secara tidak menentu akhirnya memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
Kecimpulan kisah hujan pada kali ini membawa kita jauh terpesong dan pencemaran budaya terus menerus belaku dalam masyarakat pada hari ini. Keghairahan mengejar keuntungan dan penjualan sisa-sisa kelapa sawit yang nyata menguntungkan pihak yang menjual, umpama resmi padi, alah membeli menang memakai. Begitu juga dengan majlis-majlis perasmian pecah tanah di kawasan Tenggaroh.

No comments: