Pages

Thursday, December 11, 2008

Diari Zaman Gangsa

Sementelah kejadian yang berlaku di sebuah tempat terpencil, keadaan geofizik mukabumi di lembah tersebut berubah hampir kesemuanya. Tiada lagi gunung-gunung mencecah langit dan remang-remang sang mentari di celahan dedaun rimbun. Sebaliknya digantikan dengan pemandangan seluas mata melihat, memukau sang pungguk yang sering kangen kepada rembulan. Deburan ombak memecah kesunyian alam tatkala percikan api umpama tarian 'breakdance' membaham sumbu pelita.
Kerakusan dalam mengejar pembangunan memaksa kita memanipulasi alam mengikut acuan dan selera hati. Menakik jejalur jati dan tumbang menghempap kawanan unggas. Keadaan yang semakin tidak terkawal apabila dedaun rumbia dijadikan atap. Kayu dijadikan dinding bagi melindungi diri. Pencemaran alam ini amatlah tidak dapat dibayangkan akan buruk kesannya. Gasolin yang terbakar untuk menyalakan pelita menghasilkan gas-gas beracun yang bebas ke udara. Asap dari tembakau memenuhi segenap ruang peparu. Hanya jeritan sang cengkerik dan terkadang diselangi hentakan-hentakan titisan hujan berlumba menghentam bumi.

p/s: paku serpih sekiranya dijual bersama dulang kepada peraih barang lusuh masih ada harganya.

No comments: