Pages

Saturday, March 29, 2008

Malam Jumaat

Setelah 17 hari bercuti sambil Jalan-Jalan Cari Makwe, maka disambung kembali kegiatan karut-mengarut di alam semesta ini.
Topik yang hendak ditimbulkan setelah agak lama ditenggelami air banjir petir dan kilat mungkin menyinggung perasaan sesetengah manusia. Namun kita tidak harus lari dari memperkatakannya.
Demikian juga untuk memperkatakannya, penulis sendiri agak keberatan untuk mengupas lebih lanjut memandangkan waktu perlawanan bolasepak antara pasukan Barcelona menentang pasukan arus hampir bermula.
Andai kiranya kedapatan sebarang perasan tidak puas hati atau merasa tertipu ketika membeli hati lembu yang mahal,maka dapatlah kiranya diadukan kekesalan tersebut kepada talian Nur, yang dilancarkan sebelum berlangsungnya pilihan rakyat baru-baru ini.
Sememangnya setiap manusia dilahirkan mempunyai otak yang kemudiannya diisi oleh pemunya dengan berbagai-bagai isirong sawit dan soya. Tidak dapat ditapis lagi akan hampas-hampas yang menyelinap masuk ke dalam tempayan namun dapatlah kiranya diambil yang jernih lalu diproses menjadi air minuman 'reverse osmosis' dan dibuang yang berkeladak atau boleh juga diproses menjadi 'Newater' seperti yang berlaku di bawah sana.
Maka proses penyongsangan air ini menjadi kritikal di suatu zaman kelak di mana segala amalan-amalan songsang, besar kemungkinan akan berleluasa akibat penggantian pucuk dicita ulam mendatang. Tidak dapat tidak kita haruslah berusaha agar penggantian ini tidak berlaku dan pucuk tersebut menguncup sehingga layu bagai di simbah najis mughallazah.
Akan tetapi, Pak Mat Tempe yang masih di hospital akibat kemalangandengan motokar, masih lagi bertanggungjawab untuk mengutip hutang piutang dari penyewa-penyewa rumah pangsa di sekeliling kota. Di samping untuk merawat isterinya yangmengalami pendarahan koklea di mana mengakibatkan pendengarannya agak sumbang bagai ayam kuning membuat sarang.
Oleh itu, sekiranya anda atau sedara mara anda maupun rakan taulan mempunyai sebarang masalah kewangan yang meruncing, dapatkan segera khidmat Pak Mat Tempe sementara hari masih muda.

No comments: