Pages

Thursday, December 27, 2007

Banjir Dan Anda

Fenomena banjir di negara ini adalah sesuatu yang tidak asing bagi semua. Keadaan rupa bumi yang bergunung ganang dan berlembah adalah antara faktor utama banjir di negara ini. Kerugian yang terhasil akibat banjir juga amatlah besar angkanya, namun seharusnya pihak yang bertanggungjawab memikirkan bagaimana untuk mengecilkan angka ini. Antara cadangan yang dapat diberi buat masa ini ialah penggunaan kanta rabun dekat ataupun mennggunakan 'font' yang sekecil mungkin.
Mungkin antara kita pernah terfikir bagaimana untuk mengubah nasib mangsa banjir yang boleh dikatakan setiap tahun singgah di depan rumah mereka. Pandangan dan nasihat juga telah banyak diberikan, namun hasilnya bagai mencurah air di daun keladi dan pisang.
Seorang rakyat marhain berpendapat, inilah masanya pihak Kementerian Belia dan Sukan memainkan peranan. Di waktu banjir inilah kita dapat melihat jaguh renang, triathlon dan angkat berat muncul secara tiba-tiba. Dikatakan mereka yang berenang sewaktu banjir ini mempunya daya tahan mental yang tinggi dan kecekapan pemanduan go-kart di litar F1 yang tiada taranya. Antara cabaran yang dilalui adalah seperti, melawan arus, mengelak halangan seperti binatang-binatang yang hanyut dan menghafal doa makan. Jaguh angkat berat juga tidak ketinggalan. Tatkala mangsa lain di pusat pemindahan sedang menunggu sarapan sponsor, mereka bertungkus lumus mengambil upah menolak kenderaan-kenderaan yang kandas di peringkat suku akhir, mengangkat barang-barang yang boleh diselamatkan dan juga barang-barang mangsa yang tidak mereka kenali secara sukarela dan suka paksa.
Sementara itu, jaguh-jaguh triathlon pula agak 'low profile' kerana kebolehan mereka merangkumi semua aspek jaguh renang dan angkat berat. Cabaran lebih getir berpihak kepada jaguh triathlon ini kerana harus melawan masa walaupun kadangkala kita denganr pepatah bahawa masa tidak menunggu kita. Kemunculan mereka juga jarang disiarkan di kaca televisyen kerana mereka beraksi pada waktu awal banjir dan juga ada yang tidak muncul-muncul lagi selepas beberapa kali beraksi. Jaguh-jaguh ini harus pantas berenang untuk mengelakkan air merosakkan barangan di dalam rumah, dan kemudian harus mengangkutnya sambil berlari ke tempat yang tinggi. Dan proses ini berulang-ulang sehingga semua barangs' berjaya diselamatkan.
Jadi, kesimpulan yang dapat dibuat hasil dari pemerhatian ini, adalah perlu untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga diwaktu malam kerana walaupun rumah kita diterangi cahaya lampu kalimantang dan lampu berpendafluor, tidak bermakna kita harus mengambil enteng akan kebajikan mangsa banjir di negara ini. Sekian saya melaporkan untuk Pasaraya Warta, Selayang Baru.

Saturday, December 22, 2007

Aidiladha

Seperti biasa, apabila tiba 12 Zulhijjah setiap tahun, akan kedengaran dan kita akan terbaca tentang peri pentingnya berkorban, binatang korban dan juga mereka yang terkorban untuk balik merayakannya. Seperti yang kita sedia maklum, pada hari raya ini jugalah kita akan melihat pertumpahan darah yang berlaku di kawasan-kawasan masjid, pinggir kampung dan padang bola di sekolah berhampiran. Namun sekiranya didapati darah di atas katil, maka kompemlah sang dara sudah bertukar status menjadi non-dara.
Korban yang sering dikatakan tidak hanya dengan harta benda, tetapi berkorban dari segi masa, tenaga dan pemikiran. Ingin ditekankan di sini, pengorbanan yang dilakukan dari segi pemikiran adalah sesuatu yang paling susah dilakukan oleh umat di zaman ini. Ini dapat dilihat melalui keputusan meluruskan sungai baru-baru ini. Sekiranya dikorbankan sedikit kebodohan atau 'kesengalan' kepala otak pemikir idea tersebut, maka tidaklah terkorban sungai-sungai yang semulajadi di jadikan bengkang- bengkok. Tahap pemikiran yang sedemikian bolehlah kita andaikan seperti perumpamaan ini, ubat mujarab mengubat mati pucuk adalah sodium bikarbonat(serbuk penaik) adanya. Singkat akal.

Maka, sekiranya terdapat idea-idea atau pemikiran yang dirasakan bernas ataupun gemilang, maka haruslah dikorbankan sedikit masa untuk melihatnya dari pelbagai segi dan sudut serta 'bearing', kemudian ditanya pula pendapat terlebih dahulu sebelum ianya dituturkan kepada orang ramai. Bagaimanapun ianya tidaklah diperlukan sekiranya pemikir tersebut semujadi seorang pelawak.
Kesimpulannya, daging korban enak sekiranya dipanggang atau dibuat gulai lemak untuk santapan keluarga dan sahabat handai di waktu malam. Tidak dilupa sup tulang dan ekor yang semakin dilupakan oleh masyarakat antarabangsa.
Salam Aidiladha untuk muslimin dan muslimat sekelian.

Monday, December 17, 2007

Language-like discussion

Bapa borek anak rintik. Begitulah bunyi peribahasa melayu lama yang entah beberapa kurun dituturkan oleh masyarakat melayu di Malaysia ini, tanpa disisasat atau dikaji asal usul dan implikasinya kepada masyarakat. Namun jika dilihat secara menyeluruh peribahasa ini seolah diciplak dari bangsa penjajah yang berbunyi "Like father, like son". Kebenaran ini masih boleh dipertikaikan di mana dalam bahasa melayu, 'son' membawa maksud anak lelaki dan anak pula boleh diterjemahkan kepada kedua-dua jantina. Adapun jua persoalan sebenarnya tidaklah sebegitu penting tatkala sungai-sungai diletup dan diluruskan untuk mengelakkan banjir dan juga mungkin boleh mengelakkan kiamat. Contoh peribahasa yang boleh dipertikaikan translasi bahasanya adalah yang berikut. "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan". Jika di alihbahasa kepada bahasa penjajah, ianya berbunyi "Breastfeeding the monkey in the jungle while letting your child starving to death." Walaupun perkataan mati atau "death" berbunyi agak kejam namun yang penting kera dan monyet-monyet di hutan berjaya diselamatkan dan di sini kita dapat melihat akan kasihnya manusia kepada binatang-binatang di hutan. Ianya sesuai jika digunakan sebagai slogan kelab-kelab pencinta alam seluruh dunia.
Sayugia diingatkan kepada penyusu-penyusu kera agar menerima suntikan pelali terlebih dahulu agar tidak dijangkiti virus selsema burung dan ikan. Difahamkan bahawa jangkitan penyakit yang disebutkan boleh menyebabkan pengjangkitnya berada dalam keadaan koma dan juga gangren juga boleh menimpa sekiranya tidak dibawa berjumpa pakar perubatan yang diiktiraf.
Untuk peribahasa yang terakhir sebelum diskusi ini ditutup, kita lihat kepada "Carik-carik bulu ayam, akhirnya bercantum jua". Di sini kita lihat pengaruh binatang-binatang amatlah banyak digunakan. Kemungkinan kehadiran binatang ini adalah untuk memeriahkan lagi dunia peribahasa melayu tidaklah diketahui akan kebenarannya. Dalam bahasa penjajahnya berbunyi, "Pull the chicken feathers, last-last it come back like normal".
Disebabkan masa tidak mengizinkan, sekian saja untuk kali ini. Until we meet again, heres the last peribahasa " Because one drop of blue dye, all the milk has rotten to death. Terima kasih.

Tuesday, December 11, 2007

Latest from the Zeps'

The Song Remains the Same: Led Zep reunites for one-off gig
by Michael Thurston

LONDON, Dec 10, 2007 - Rock legends Led Zeppelin took to the stage at their long-awaited reunion concert Monday evening with a blistering display of their greatest hits, reviving memories of their hell-raising 1970s heyday.
The three surviving members of the iconic group -- singer Robert Plant, guitarist Jimmy Page and bassist John Paul Jones -- were joined on stage by their late drummer John Bonham's son Jason for the spectacular one-off gig, kicking off the much-hyped concert with "Good Times Bad Times", the opening track on their debut album, "Led Zeppelin".
"We're gonna rock hard tonight," Richard Cooper, 37, from Memphis, Tennessee said, beaming at the front of a mass of humanity preparing to stream into London's vast O2 Arena.
"It's like a once in a lifetime experience," Cooper, who brought his whole family to enjoy the show, told AFP. "We've got to go and party."
The party started even before the show began, with strangers clinking beer bottles with each other in the long queues, where faded Led Zeppelin T-shirts from past concert tours were much on display.
"It's an enormous event," said Jacques Harrar, a 49-year-old Frenchman who came over from Paris with his wife.
Nearly two decades after they last took to the stage, the group promised to pull out all the stops, vowing to play all their classics including era-defining hits like "Stairway to Heaven" and "Whole Lotta Love" and "The Song Remains the Same."
The London concert, a tribute to Atlantic Records founder Ahmet Ertegun, was originally scheduled for November 26, but was put back by two weeks after Page injured his left little finger stumbling over in his garden.
The band, formed by Page in 1968 from the ashes of The Yardbirds, are credited by some as having single-handedly created the cliche of the television-defenestrating, groupie-consumed rock band.
Their name came from a joke by The Who's drummer Keith Moon -- a rock wildman himself -- who forecast they would go down like a metallic version of the infamous airship. The "a" was removed in case US fans mispronounced it.
But they defied that prediction, and went on to sell more than 300 million albums over the decades, their records remaining rock staples despite Bonham's untimely death after choking on his own vomit in 1980.
Most fans had assumed they would never take the stage together again -- but then in September they unexpectedly announced the reunion for the tribute to Ertegun, who signed the band four decades ago and died last year.
Reflecting the excitement around the reunion -- even amid recent comebacks by bands like Genesis and The Police -- up to 20 million people applied for the 20,000 tickets, awarded by ballot, at 125 pounds (255 dollars, 175 euros) each.
Patrick Trombley, from Florida, said he grew up with Led Zeppelin but was just too young to see them before the split 27 years ago.
"I've been waiting and waiting and waiting to see them for a very long time," he said, adding he felt "very blessed" when his name was pulled out of the ballot.
The gig is the first time the three surviving band members have played together in public for 19 years: they did a benefit gig in 1988, and three years before that played at Live Aid.
But Page -- famous for his visceral guitar solos and occasional use of violin bows -- said both those performances were "shambolic," with drummers who did not know the songs and little or no rehearsals.
Monday's concert will be different, he has vowed.
In theory the gig is a one-off -- singer Plant has talked about doing "one last, great show" and has insisted it will not be followed by a tour. But Page and bassist Paul Jones dropped hints last week that there could be more.
Even Plant -- reportedly the most reluctant to do more -- fuelled the rumours, telling a weekend newspaper: "It wouldn't be such a bad idea to play together from time to time."

p/s:Dipetik dari sumber yang dirahsiakan atas kehendak pihak penerbit sendiri. Adalah tidak diketahui sebab sebenarnya namun ia adalah dipercayai sebaha'haha'gian dari tindakan provokasi majlis peguam yang cukup diketahui umum di kala ini.

Sunday, December 9, 2007

War of The East

Dalam post yang sebelum ini telah dikisahkan tentang peperangan yang membawa kepada kemusnahan harta benda dan tulang belakang. Jika diteliti dan diselidik, terdapat perbezaan antara perang dunia barat dan timur. Umum telah mengetahui bahawa Perang Dunia Pertama dicetuskan oleh kuasa-kuasa barat dan seterusnya disertai oleh negara timur dalam rentetan Perang Dunia ke-2. Apa yang masih menjadi rahsia pihak timur ialah, peperangan telahpun wujud sejak beratus-ratus juta tahun lampau, dan masih berlarutan pada waktu-waktu tertentu di zaman ini.
Kepupusan pihak dinosaur sebenarnya adalah akibat perang antara Ultraman dan dinosaour. Ini lah perang yang paling awal direkodkan oleh pihak TV Jepun yang selama ini dijadikan bahan lelucon untuk tatapan umum. Pada ketika peperangan Ultraman dan dinosaur ini, telah diriwayatkan pihak-pihak dinosaur seluruh bumi bersatu padu membentuk angkatan perang untuk menghalang Ultraman yang juga berasal dari planet lain untuk menakluk bumi. Namun akibat kurang daya saing, pecah belah antara kaum, waktu siaran yang tidak konsisten dan psikologi perang yang digunakan ke atas pihak dinosaur, hingga kini perang tersebut hanya berlaku di hari-hari tertentu sahaja. Dan Ultraman juga telah berjaya menggambarkan dinosaur sebagai pihak yang mempunyai niat jahat dan serong kepada bumi. Dan di kala Ultraman disanjung oleh kanak-kanak pada hari ini, adalah tidak wajar kita melupakan pengorbanan pihak dinosaur yang telah diputarbelitkan faktanya oleh Ultraman. Semoga kekalahan dinosaur yang lalu menjadi pengajaran kepada kita agar berhati-hati ketika memandu pulang kereta MyVi ataupun kereta-kereta yang lain, kerana bak kata pepatah, yang kurik itu kendi yang merah itu saga, majulah Dinosaur untuk negara.

p/s: Sumber rujukan artikel diatas boleh didapati di www.WakLu.com

Monday, December 3, 2007

War of the west

Perkataan perang mempunyai banyak maksud. Ianya semakin bermakna jika dibincangkan pada milinium ini. Keadaan perang yang tidak terkawal, keguguran dan kekusutan menjadi hasil percaturan perang ini. Namun begitu tidak semuanya diakibatkan oleh perang..ada juga disebabkan oleh pemakaian shampu dan perapi yang tidak dibenarkan. Selain perang, terdapat juga pewarna rambut kuning..karat..hijau..merah dan biru air laut.
Selain pewarna rambut, perang juga dikaitkan dengan pergaduhan. Dalam merebut sesuatu jajahan ataupun menyampaikan maksud secara tersirat, perang atau bergaduh tidak semuanya membawa maksud negatif. Jika diteliti lapuran oleh Kementerian Kajiselidik Perumahan, perang yang berlaku antara suami isteri dikatakan telah mengakibatkan kerosakan harta benda dalam jangka masa panjang. Antara kerosakan yang berlaku termasuklah retak-retak di syiling jiran bagi yang duduk di apartmen atau kondo, dan juga kerosakan katil serta cat dinding akibat penggunaan pita perekat. Pencemaran juga dilaporkan berlaku kerana penggunaan getah2 silika yang tidak boleh di kitar semula. Namun di sebalik semua ini, masih ada pihak yang mendapat laba disebabkan oleh perang ini. Contohnya, pengusaha kedai dobi, penjual air tongkat ali dan juga tisu tandas.

Wednesday, November 28, 2007

Annihiliation

Mysterious rashes, 19 choke at fast-food restaurant in Germany
Dresden, Germany (dpa) - Police cleared a fast-food chain restaurant in the German city of Dresden on Tuesday after 19 people mysteriously developed rashes in their mouths and choking sensations in the airways.
Ambulance doctors treated them on the spot and none were admitted to hospital.
Investigators took air and dust samples from the sealed McDonald's restaurant and checked the ventilation system.
Police said it was possible there had been a build-up of construction chemicals indoors after recent rebuilding work. The restaurant was to remain closed overnight.
A police spokesman in the eastern city added that there was no evidence of any deliberate chemical attack.


Melihat kepada berita yang dipetik dari sumber yang dipercayai, keaddan yang berlaku adalah bukan disebabkan keracunan makanan, tetapi adalah disebabkan keadaan tempat makan yang tercemar. Dari sudut pandangan lain, pemakanan yang seimbang boleh membawa kepada keseimbangan pemikiran dan juga diri ketika berdiri di atas kaki sendiri. perhimpunan haram juga boleh membawa mudarat kepada diri dan juga pihak polis, malah pembawaan yang keterlaluan umpamanya boleh menyebabkan keadaan makanan yang tidak hadam, seterusnya mencetuskan fenomena sembelit. telah diakui sejak berkurun lamanya, setiap perhimpunan pagi Isnin di setiap sekolah dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku versi romantis, namun keengganan Hindraf untuk mematuhi peraturan nyanyian ini membawa kepada ketidakpuasan hati bagi sesetengah golongan masyarakat khususnya. Hindraf yang juga bermaksud hindari (hampir kepada sebutan hadhari) dari melakukan dosa ataupun pecah kepala. Semoga peradaban dan kesopanan kesusilaan yang telah disemai sejak musim menuai yang lalu mampu menjana pertumbuhan padi yang masak saksama adanya. Bhoooottt...!!

Thursday, November 22, 2007

Alam Dan Manusia

Malam merupakan waktu yang paling sesuai untuk melihat bintang. Cahaya bintang yang jelas kelihatan walaupun hanya kadang-kadang kerana malu untuk menonjolkan dirinya. Siang pula ialah waktu yang paling sesuai untuk memerhati alam kerana di waktu inilah kita telah bangun dari tidur yang lena. Keadaan yang sesuai juga berlaku ketika pemerhatian terhadap matahari telah dilakukan sejak berabad lamanya. Walaupun dalam bahasa melayu, menurut kamus dewan, matahari ialah sebuah bintang yang besar bangat saiznya dan mampu untuk menyinari cakerawala gugusan kepulauan riau hampir berbillion tahun lamanya, matahari juga adalah nama bagi sebuah kumpulan rock di negara Papua New Guinea. Lagu-lagu yang dimainkan kumpulan ini dikatakan setanding dengan kumpulan yang tersohor di zaman 60-an dahulu, si Kumbang, adalah kerana peralatan yang digunakan mereka merupakan peralatan yang dihasilkan pada tahun 60-an juga adanya. Namun begitu bulan tidak pula harus merasa kecil hati kerana namanya tidak digunakan oleh mana-mana kumpulan rock ataupun pop kerana nilai komersil pada nama bulan tidaklah setinggi nilai nama si pungguk. Nama 'Pungguk' (jangan terkeliru dengan pungkoq) pernah digunakan di dalam perumpamaan bahasa melayu lama adalah kerana sifatnya dan perlakuan sang pungguk tersebut yang terpesona dek cahaya bulan. Kerana waktu siang si pungguk dihabiskan dengan melepak di kedai dan restoran milik keluang dan kelawar di gua-gua berhampiran. Namun juga pernah dikhabarkan punca sang pungguk tidak merindui matahari adalah kerana terlampau silau akan cahaya sang matahari dan sunglass (dengan izin) untuk pungguk masih belum dicipta oleh mana-mana makhluk di muka bumi ini.

Tuesday, November 20, 2007

Gambaten

Ketika lagu kerincong didendangkan waktu pagi hari itu, tiba-tiba aku teringat seorang rakan yang sudah hampir 20 tahun tidak kutemui. Kenangan yang manis sekali sekala mampu membuatkan pertimbangan hampir goyah dan kadangkala agak keterlaluan sementelah kenaikan harga getah yang melambung daqn faktor hujan. Penoreh-penoreh getah sekarang mampu hidup senang dan senyum ketika membayar hutang akibat kenaikan harga getah yang disifatkan sebagai durian runtuh walaupun musim durian telah berlalu hampir 6 bulan lamanya.
Pada ketika inilah kita sepatutnya bersyukur dan saling membantu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni dan kemakmuran yang dikongsi bersama hasil 50 tahun merdeka mampu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Bagaimanapun masih ada sedikit golongan yang merasakan kemerdekaan ini masih belum sampai kepada mereka adapun kerana mereka masih di dalam perut ibu mereka adanya. Sementara itu, kejayaan pasukan tentera dan polis juga tidak dapat dinafikan bagi mempastikan kejayaan sambutan kemerdekaan dalam perarakan yang lepas.
Semoga negara kita akan terus berada dalam keadaan yang selesa walaupun perbezaan gol agak jauh ketinggalan dimana penjaring terbanyak merupakan ahli persatuan silat cekak yang telah tamat keanggotaannya. Majulah Sukan untuk negara maju.

Monday, November 19, 2007

Karut Hari Pertama

Bercerita mengenai keadaan dan situasi di kala ini yang begitu tidak menetu, terasa pula hendak meminum kopi. Keadaan yang berbeza jika dibandingkan waktu dan tarikh yang sama 10 tahun dahulu. Ada ketikanya kita terlampau lalai dan leka dengan sesuatu hingga tidak dapat mencapai tahap pemikiran dan daya ingatan yang kukuh setanding manusia lain. Keadaan dan waktulah yang mengajar dan membayangi hidup kita tanpa disedari. Pengajaran daripada tersebut selalu kita abaikan dan mengambil ringan akan keperluannya di suatu masa nanti. Disinilah kesedaran dan keagungan sesebuah pemikiran bermula dan kita tertinggal untuk bersama meraikannya. Namun masa masih mengizinkan kita tatkala masyarakat India di Malaysia sudah selesai menyambut Deepavali dan penganut kristian pula akan menyambut krismas, sudi apalah kiranya sambutan itu dipanjangkan hingga tahun baru cina di samping tidak meninggalkan hari Raya Haji yang juga bakal menjelma. Dan di kesempatan ini juga saya ingin meminta ampun dan maaf andai terkasar bahasa, terlebih bergurau dan juga lagu ini ditujukan kepada semua warga emas dan perak di mana anda berada..dipersembahkan..dendangan kumpulan Wings, Alam Barzakh!!!