Pages

Friday, May 23, 2008

My Way

And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, Ill say it clear,
Ill state my case, of which Im certain.
Ive lived a life thats full.
Ive traveled each and every highway;
And more, much more than this,
I did it my way.
Regrets, Ive had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.
I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.
Yes, there were times, Im sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.
Ive loved, Ive laughed and cried.
Ive had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.
To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.
For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way!

Some words can described best for a man. He still standing tall, never looks to fall. Though those wound never cured, but every breath taken shows he's undefeated. Memoirs will be wrote to remember, glory is shouted for celebrate but this legend unsung yet bad remarks all around him. Yep, this one dedicated to Tun Mahathir and its not a shame to admit it.I never felt wrong to admire him. I define it with my words so for some people out there knew thats this not some ordinary man. A legend he is and a great leader he was. Though I failed to fill in his aspirations but the fight is real. My respect undeniable.
Tun Mahathir's Blog

Thursday, May 22, 2008

BMX, GSX 500 and Ducati Sport Classic 1100

Jika kita berbicara tentang evolusi, hampir semua membayangkan evolusi adalah sesuatu yang berkaitan dengan dinosour ataupun ada yang terpaksa merujuk kamus bahasa urdu untuk mengetahui maksudnya. Malah jangan terkejut sekiranya ada golongan yang menganggap ianya adalah sebuah lagi kereta buatan Mitsubishi. Jika menurut kamus orang putih, evolusi membawa maksud proses kejadian yang membawa hasil berbeza ataupun lebih kurang begitulah maksudnya. Evolusi adalah sesuatu kejadian yang berlaku setiap hari dan Team Karut telah berjaya menyelongkar kisah luar biasa ini di depan mata sendiri. Namun atas nasihat kerajaan negeri masing-masing, adalah tidak digalakkan untuk berbicara sumbang sesama manusia atas sebab kesejahteraan rakyat jelata.
Hubungan yang terhasil antara manusia dan kaum Zentradi (sila rujuk cerita Macross) adalah melalui proses yang sukar di mana kedua spesis ini cuba untuk menakluki sesama sendiri. Dan kini setelah beberapa dekad, manusia dan Zentradi telah berjaya mewujudkan permuafakatan dan tinggal bersama-sama dalam kapal koloni yang di'modified' agar keselesaan penumpang terjamin dan sebarang pembuangan sisa pepejal adalah digalakkan. Kehadiran spesis yang aneh baru-baru ini memaksa kaum manusia dan Zentradi yang telah bersatu memerangi anasir-anasir liar dari spesis aneh ini. Pembawaan yang keterlaluan atau ekstrem dalam hiburan, pil-pil khayal serta penularan gaya hidup ranggi metropolis membawa keadaan kucar-kacir di kalangan belia. Namun pihak Zentradi percaya wabak-wabak ini boleh dihindari dengan pemakanan yang sihat serta kehidupan yang sederhana.
Juga telah diberitakan proses evolusi ini bukan sahaja melanda spesis yang hidup, malah juga berlaku ke atas kenderaan yang dinaiki oleh manusia setiap hari. Dari bentuk kereta yang seperti Spongebob Squarepants sehingga kenderaan yang hampir menyerupai pakaian bakini seseksi awek di Bali, begitulah evolusi berlaku tanpa disedari. Juga dari sikap manusia yang agak kebodoh-bodohan kita boleh melihat evolusi berlaku atas kehendak dan nafsu.
Barang apa sekiranya kemampuan yang dimilki tidak tercapai untuk cuba meminum minuman yang kekerasan umpama budak sekolah yang belum akil baligh mengelak ditangkap cuba dibawa di meja pub-pub terkemuka negara. Maka kemampuan itulah sebenarnya cuba diperjelaskan lagi agar bagi mereka yang tidak mampu tiadalah bersusah payah bermimpi mampu untuk semuanya. Terkadangkala cermin itu adalah suatu sifat selain fizikal yang tergantung di tandas awam dan milik persendirian.
Akhir kata, evolusi adalah di mana sebenarnya perubahan yang berdasarkan masa serta tahap pemikiran dan bukan lagi punca kepupusan dinosour adalah sebab letupan gunung berapi ataupun meteor yang jatuh, namun kegagalan pihak Ultraman untuk mengekang diri menahan hawa nafsu dari membunuh haiwan-haiwan ini haruslah ditonjolkan.

Dulang serpih dibawa belayar,

pisang tanduk dibuat cekodok,
Andai benar bicara tuan lauya
Izinkan hamba menumpang membuang hampas padi di kebuk padi tuan hamba??

p/s: Pantun ini ditaja oleh sponsor Kelab Liverpool. Hijau itu ranggi, hanya di kelab!!!

Monday, May 12, 2008

Comic Relief

Atas permintaan dan di bawah 'par', maka Tiger Woods telah berjaya menaiki 'escalator' untuk terus mara sebagai tukang kebun yang dihormati. Hayunan dan ketepatan yang dimilikinya mengakibatkan lalang serta rumput rampai agak malu-malu untuk menonjolkan diri. Berikut adalah iklan bagi meredakan ketegangan di waktu genting, terutamanya para wanita dan anak-anak yang baru akil baligh. (Menurut petua orang-orang lama, tidak dibenarkan mengumpat atau 'mengata najis' tentang orang lain melainkan kehidupan anda adalah sempurna dan tiada yang perlu dicerca oleh orang awam).

Friday, May 9, 2008

Mengintai dari tirai besi

Maksud sebenar atau makna sesuatu perkataan yang dituturkan dalam sesuatu ayat mungkin membawa kepada penjelasan tahap tertinggi yang kadangkala disalah tafsir ataupun tafsiran itu disalahkan sebagai punca pemendapan tanah rata sekita Texas baru-baru ini.
Dalam kamus dewan serbaguna Taman Mawar, antara contoh tafsiran yang cuba dirungkaikan permasalahan sebenar penduduk kawasan luar bandar termasuklah sindir, perli, ejek, sinis, double meaning, double trouble, double decker dan pelbagai lagi perkataan jika dikaji dari berbagai bahasa lain seluruh dunia yang boleh kita simpulkan. Contohnya dalam bahasa cina yang mengalami permasalahan pertuturan, nyiler mungkin membawa maksud yang baik dan menghormati kawan-kawan.
Namun begitu kekurangan pemahaman yang menyeluruh memungkinkan salah faham atau miscomunication antara menara komunikasi yang sedia terpacak di sekitar tanah gambut. Antara tanah-tanah lain yang memungkinkan perkara ini berlaku ialah tanah batu kerikil, tanah paya bakau, tanah sawah dan tuan tanah kedaun.
Faktor ketara penuturan perkataan atau ayat yang mempunyai maksud yang berlapis ini masih tidak diketahui. Sekiranya diteliti kitab-kitab lama seperti Fantasi, Bujal, Bambino dan Kapten Malaysia, penularan cara penuturan ini masih di anggap kabur. Namun apa yang pasti ialah untuk melihat tahap daya pemikiran seseorang yang hampir kepada tahap cipan yang sedang meminggir dan tahap intelek yang tinggi adalah melalui pemahaman dan penuturan gaya hidup ranggi masa kini.
Kisah mudah yang boleh dijadikan teladan adalah seperti mengumumkan ketidakhadiran anda untuk bekerja sebagai cuti sakit. Adalah niat peribadi seseorang untuk hadir atau tidak ke tempat kerja dan secara yang mengikut prosedurnya dia menyatakan ingin mendapatkan cuti sakit. Waima ketika itu kesakitan yang di alami hanyalah sakit hati ataupun sakit ketika cahaya menerobos kornea mata sewaktu kelopak terbuka luas menatap wajah indah sang suria ketika hampir terbenam di ufuk jingga. Namun apabila pemahaman itu tidak sampai maksudnya kepada mereka yang berkenaan, maka berlakulah segala permasalahan prosedur dan mengundang tindakan disiplin yang memungkinkan cuka di sangka gula sewaktu meminum air oren segar dari ladang.
Berbalik kepada persoalan tanah yang menjadi punca masalah ini, kita haruslah membajanya sebaik mungkin dan bajakan yang sempurna mungkin memuaskan hati kedua belah pihak walaupun di bajak oleh pendatang tanpa izin. Namun sekiranya ada warganegara Belanda yang cuba merampas tanah tersebut, maka berhati-hatilah, umpama mengata dulang paku yang serpih, kadang-kadang mengata orang memang seronok kalau ditambah lebih-lebih. Sekian dari meja karut untuk kali ini.

p/s: Kalau takat tunggu 1/2 jam da nak blah....boleh blah aa.

Wednesday, April 30, 2008

Rak-rak Rum..rumba style..

Arakian setelah sekian lama tidak menymbangkan idea karut marut di laman ini, maka tepat jam 11:07 am tanggal 30 April 2008, aktiviti ini kembali terjalin dengan ikatan mesra hingga ke anak cucu dan cucu tiri hendaknya.
Kedapatan berbagai perkara yang timbul di kala ini di mana memungkinkan kepada penoreh getah untuk menjual Mercedes C320 mereka kepada harga yang berpatutan. Kenaikan mendadak harga barang keperluan harian kini memperlihatkan gosip-gosip artis seperti kartun humor yang memerlukan suatu kuasa paksaan untuk ketawa manja mengada-ngada. Namun di sebalik kenaikan kos sara hidup ini, masih terdapat insan-insan mulia sanggup menjual udang dibaluti mi segera jenama terkenal bagi menampung sesuap nasi golongan yang kurang bernasib baik.
Kebebalan sesetengah ketua kampung (tiada kaitan dengan filem lakonan Brad Pitt, Babel) yang bebalnya melebihi setengah ekar tanah tanaman sayuran herba menambahkan lagi keperitan hidup masyarakat majmuk di negara ini. Kegagalan ketua kampung untuk memahami aspirasi dan kehendak setiap penduduk kampung menunjukkan ketidakpekaan dan kepekakkan yang disangajakan bagi mencapai tahap tertinggi iaitu tahap dewa.
Kesan terus langsung yang ternyata mengundang padah akan muncul di kala sang ketua kampung akan dicabar oleh tok empat sehingga lapan bagi membuktikan pengedaran baja dan anak benih telah dicabuli sewenang-wenangnya oleh mereka yang tidak diketahui asalnya.
Diberitakan juga di sekitar perkampungan orang-orang jawa di bahagian selatan tanah air, telah wujud sindiket penjualan kamera digital yang tidak diishtiharkan nilainya. Namun sepandai- pandai tupai melompat, berlari dan 'happy hour' akhirnya jalan yang lurus di hujung tanduk kerbau yang sedang tidor nyenyak akibat termakan julap, membawa sang tupai tadi ke tanah tanpa perasaan segan silu lagi. Berkat keuntungan oleh penjual sabut yang berjaya menemui sejenis sabut yang mampu tenggelam, sang tupai itu kemudiannya dilepaskan dengan syarat dan amaran agar tidak mengulangi perbuatannya di masa akan datang. Sehingga hari ini, tupai tersebut telah berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan yang menguntungkan dan menjadi usahawan berjaya dalam bidang pembuatan kopi berjenama Kopi Tupai Jantan dan Pil Tupai Jantan. Ditambah pula oleh kontrak yang diberikan oleh pihak syarikat telekomunikasi SelKom, pengedaran pil-pil melalui aplikasi 'bluetooth' juga dipelopori sepenuhnya oleh beliau.
Sekiranya diteliti dan diambil iktibar akan kesan dan akibat perbuatan jahat sang tupai dan ketua kampung, maka kita seharusnya mengambil teladan agar kesejahteraan hidup dan hubungan kekeluargaan yang erat mampu menangkis dakyah-dakyah liar serta tuduhan melulu terhadap penunggang motosikal. Masakan logik akal dapat diterima apabila setiap motorsikal yang ditungang secara laju tetapi tidak merbahaya dilabelkan mat rempit malah percubaan untuk membawa seorang datin makan diwarung murahan dilabelkan sebagai jenayah terancang. Ini adalah suatu kesalahan pelabelan yang serius dan boleh diambil tindakan undang-undang sekiranya bukti mencukupi. Sedangkan mat rempit yang sebenar adalah mereka yang berlumba-lumba secara tidak halal dan mengganggu lalu lintas di kawasan kenduri kahwin Pak Mat Tempe dan sekitar ibu kota di waktu malam gelap gelita dan di bawah lampu minyak tanah. Sebagai penutup bicara, sebuah pantun akan di 'attach' kan di bawah.

Pisang emas di bawa belayar,
Pisang yang selain dari emas hanya mampu naik lori,
Hutang Bank Rakyat perlu dibayar,
Kalau nak lari, tukar la IC, alamat serta nombor telefon sekali.

p/s: teladan sang tupai diatas telah ditaja oleh Osman Bakar Bhd.

Tuesday, April 15, 2008

Black is perfect

Bagi merubah keadaan dan cara penulisan 'blog' ini yang semakin hari semakin tak keruan walaupun keruan itu bukanlah sejenis ikan yang boleh mengubat penyakit 'sifilis'. Merujuk kepada tajuk di atas mungkin ada antara kita manusia yang bebilion-bilion bilangannya di muka bumi ini penah memikirkan soalan yang serupa, iaitu bagaimana hendak menternak babi secara bersih. Mungkin perkara ini agak sensitif bagi sesetengah pendukung parti ataupun golongan namun ianya haruslah difikirkan dari pelbagai sudut dan 'bearing'. Tidak ketinggalan juga corak penaakulan mantik yang berkesan harus diguna pakai bagi memastikan kewujudan algoritma yang tiada cacat celanya lagi.
Menurut teori juak-juak pembela babi, yang juga dikenali sebagai khinzir ini, langkah yang diambil untuk memusatkan segala populasi khinzir di sebuah negeri ini akan memberi manfaat yang tidak terkira banyaknya jika dibandingkan dengan penternakan lintah ataupun penanaman daun ketum. Difahamkan sendiri oleh bekas seorang penternak khinzir ini, tabiat pemakanan dan sistem sosial dalam kawanan khinzir adalah kompleks dan amat menarik jika dijadikan kajian secara ilmiah oleh pusat-pusat kitar semula di negara ini. Kesan yang nyata adalah berdasarkan susunan hierarki khinzir ini, mana-mana pemimpin dalam kawanan ini yang paling kreatif dalam mencipta pergaulan sama ada secara lurus ataupun meminggir, maka dialah yang paling layak mengetuai kawanan ini.
Tapi sehingga hari ini teori ini tidak dapat dibuktikan akibat musim hujan yang lebat mengakibatkan kerosakan peralatan digital yang dipasang di sekitar kandang-kandang tersebut. Nyatalah bahawa keadaan juga tidak memihak kepada penternak dan penanam daun ketum apabila idea mereka untuk mengkomersilkan hasil-hasil mereka tidak kesampaian. Malah mereka telah diberi kata dua, sama ada meneruskan penanaman ataupun berpindah menjadi penternak khinzir bersama-sama rakan yang lain.
Sehubungan itu, warna hitam atau pun 'aswad' dalam bahasa arab dan juga dikenali sebagai 'black' di kalangan masyarakat Ireland Utara adalah sesuatu yang sempurna. Ia melambangkan sesuatu yang dalam, nyata dan mungkin kelihatan berselindung tetapi ciri rona-ronanya mengkagumkan. Ianya jelas kelihatan dan tidak perlu bersusah payah untuk dipadankan dengan sebarang pakaian dalam yang lain. Hitam di situ dan sedikit lagi di situ, kemudian...gelap dan suram serta taburan hujan yang sekata memungkinkan kelahiran seorang insan dalam masa beberapa bulan lagi.

p/s: topik kali ini adalah bukan yang terakhir namun sekiranya terdapat kemusykilan mengenai sebarang panduan penternakan khinzir, sila layari www.PenternakanKhinzirRasional.gay.com

Wednesday, April 2, 2008

Tanggukan?

Walau berbagai isu ataupun topik hangat cuba ditimbulkan, namun tidak dapat kita lari dari menjawab persoalan yang amat hampir dengan kita selama ini. Sudahkah anda membayar bil air?
Adapun kadangkala kehadiran air dalam kehidupan sehari-hari hampir dilupakan, namun perkataan 'mampir' atau 'meminggir' mungkin boleh menggolak atau mengocakkan keadaan hati yang tidak keruan. Demikian juga seandainya setiap hari negara kita ini dibasahi oleh hujan, iaitu partikel-partikel air yang tersusun berlumba-lumba sesama mereka mencari adrenalin menghentam bumi, janganlah kita membuang air di dalam tempayan. Telah diberitakan bahawa hujan yang terhasil di dalam awan dan turun ke bumi telah dicemari oleh zarah-zarah wasap dan molekul-molekul yang tidak kelihatan oleh mata kasar. Maka sekiranya dikumpul air ini di dalam tempayan, adalah dikhuatiri akan menyebabkan penghasilan toksin dan boleh menyebabkan tanaman seperti kacang tanah dan kacang mengelembu melupakan hasrat untuk terus bersama-sama kulitnya hingga akhir hayatnya.
Namun tidaklah pula air yang yang banyak boleh menjanjikan akan pemadaman api yang masih membara dalam sekam. Kerana menurut kajian saintis tentang pembakaran sekam dan batu api, terang dinyatakan bahawa batu api adalah lebih berbahaya berbanding api yang di dalam sekam. Sekiranya diteliti, maka kita juga boleh melihat akan batu api ini andainya dibaling ke dalam minyak petrol ataupun menghentam rusuk kiri seorang pemudi, maka kesannya amatlah dasyat. Berbanding api dalam sekam, umum sudah mengetahui ianya takkan ke mana-mana selain dari dalam sekam itu sahaja dan ianya tidak pula mencetuskan kegusaran dan kekacauan ketika Condolezza Rice melawat Malaysia pada Tahun Melawat Malaysia yang lepas.
Kesimpulannya, bil air yang tertunggak di dalam negara ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab selain pencemaran air yang berleluasa gagal di kawal oleh sekutu-sekutu Parameswara. Bak kata pepatah, Andai roboh kota Melaka, maka kita akan bina Fort Cornwallies di Pulau Pinang, Andai sungguh bagai di kata, maka janganlah segan masuk meminang.

p/s: Selain paras gula dalam darah. Paras air dalam kepala harus juga diawasi agar kegiatan sumbang dapat dibendung dan diawasi walaupun hanya ternampak gigi di malam hari.